Thursday, 2 February 2012

AKU TULANG RUSUKMU


DUA BELAS

DUA BULAN KEMUDIAN

            “Siapa kau? Kenapa aku… Macam merindui kau? Siapa kau?” Hati Qalesya berbisik lembut.
            “Hoi, perempuan gatal!!” Nadia menyergah Qalesya yang sedang termenung di hadapan komputernya.
            “Pasal kau… Aku putus tunang dengan Isqandar! Pasal kau juga aku…”
            “Nadia!!” Kata-kata Nadia dipotong oleh Isqandar yang kebetulan mahu keluar ke pantri. Nadia terdiam.
            “Kan I dah cakap… Antara kita dah tak ada apa-apa lagi! You kena faham… Kita putus bukan disebabkan Qalesya… I yang salah… I yang tak boleh nak mencintai you… Hati I bukan pada you… Tapi pada orang lain… You bukan tulang rusuk II’m sorry kay…” Isqandar memandang bekas tunangnya yang sedang menangis itu.
            “Tapi Isz… I sayangkan youI cintakan you… Ini yang you balas pada I?” Nadia meraih tangan Isqandar namun lelaki itu mengelak dari dipegang.
            “Enough is enough!! You tak malu ke semua staff I tengok you macam ni?” Tanya Isqandar. Nadia membentak marah.
            “You jangan ingat semua ni dah berakhir… It’s never end! I akan pastikan yang you akan menyesal… You akan menyesal!!” Jerit Nadia geram dan kemudian dia melangkah keluar dengan hati yang sebal.
..................................................................................................................................................................
            ‘AKU rindu dia… Tapi, siapa dia? Di mana dia?’ Hati Qalesya bermonolog perlahan.
            “Maafkan aku sayang…” Suara itu sentiasa berbisik-bisik ditelinganya. Qalesya cuba untuk memadam memori itu namun, sering sahaja menemui jalan buntu. Kadang-kadang, hatinya terasa bagaikan dihiris sembilu tajam. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar perlahan tanda ada ‘sms’ masuk.
‘You kena datang office sekarang…
Emergency… Arahan bos…’
            Begitulah bunyi mesej itu. Ia dikirim oleh teman pejabatnya yang berbangsa Cina. Qalesya mengeluh panjang. Dia cukup pantang kalau dia sedang bercuti dipanggil bekerja. Namun dia akur dengan arahan orang atas.
            Masuk hari ini sudah seminggu dia menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh Doktor Siva. Namun, doktor itu buntu kerana tiada jawapan yang dia peroleh dari gadis itu.
            Pintu biliknya diketuk perlahan. Muncul Mya Zara di hadapan pintu biliknya.
            “Esya… Isqandar datang nak jumpa kau…” Katanya sambil tersenyum simpul. Qalesya tersenyum hambar. Dia sebenarnya tidak berapa ingat mengenai kawan-kawan serumahnya. Begitu juga dengan Isqandar. Dia langsung tidak ingat apa-apa tentang lelaki itu.
            Qalesya didianogsis hilang ingatan masa kininya namun  dia masih ingat akan masa lampaunya.Cuma masa sekarang muncul samar-samar dalam ingatannya.
            “Kejap lagi saya turun… Saya rasa dia nak jemput saya pergi office kut…” Jawab Qalesya seraya tersenyum.
            “Emm… Okey…” Balas Mya Zara lalu menutup pintu bilik Qalesya. Qalesya bangun untuk bersiap ala kadar. Dia menarik tudungnya yang tergantung dikepala katil lalu menyarungkannya ke kepala. Dia merapikan wajahnya dengan bedak padat. Setelah dia yakin dengan penampilannya, dia melangkah turun.
            Isqandar menunggu Qalesya di luar pintu masuk rumah sewanya. Qalesya tersenyum memandang lelaki itu yang sedang membelakanginya dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
            “Awak?” Tegur Qalesya sebaik sahaja sampai di belakang Isqandar. Lelaki itu menoleh dan tersenyum.
            “Awak dah siap?” Tanya lelaki itu dengan senyuman manis. Qalesya menjawab dengan anggukan kecil.
            “Jom kita pergi sekarang…” Ajak Isqandar. Qalesya mengikutnya dari belakang. Mereka berdua menuju ke anak syarikat Jaya Holdings dengan menaiki kereta Satria Neo milik Isqandar.