Wednesday, 20 June 2012

AKU TULANG RUSUKMU


ENAM BELAS

MAJLIS PERNIKAHAN QALESYA & ELHAM

Qalesya tersenyum memandang dirinya dalam pakaian pengantinnya. Rona hijau pucuk pisang memang sesuai dengan warna kulitnya yang putih gebu.
Mak andam Esah masuk sambil membawa beg make-upnya. Dia memandang Qalesya.
“Amboi! Cantiknya… Tak payah make-uplah… Dah cantik dah…” Puji Mak Esah.
“Mana ada… Pucatlah Mak Esah…” Qalesya malu-malu kucing.
“Kamu dah ambil wuduk belum?” Soalan itu ditanyakan ketika Qalesya sedang memakai anak tudung.
“Dah Mak Esah…” Jawab Qalesya. Mak Esah tersenyum memandang gelagat Qalesya.
“Dah siap belum? Mak Esah nak mula dah ni…” Suara Mak Esah tiba-tiba membuat Qalesya kecut perut.
“Takutlah Mak Esah…” Qalesya bersuara. Mak Esah tersenyum lagi.
“Biasalah tu… Semua perempuan yang nak kahwin mestilah takut… Hish! Kamu ni…” Jawab Mak Esah tenang dan mula menyapu bedak asas ke muka Qalesya.
.................................................................................................................................................
KETIKA orang ramai mula memenuhi khemah makan tetamu, rombongan pengantin lelaki sampai dengan membawa sebelas dulang hantaran berbalas tiga belas. Pihak perempuan meminta wang hantaran sebanyak RM 10,000.
Tiba-tiba Blackberry Qalesya berlagu riang. Dia memandang skrin handphonenya itu. Nombor yang tertera adalah nombor yang tidak dikenalinya. Memang pantang Qalesya kalau ada nombor yang tidak bernama tidak akan diangkatnya. Namun hatinya kuat menyuruh mindanya untuk menjawab panggilan itu. Akhirnya dia menjawab panggilan itu.
“Helo?” Suara Qalesya perlahan. Dia keseorangan ketika itu.
“Tahniah!” Jawab suara itu. Qalesya terpana. Wajahnya tiba-tiba pucat. Suara itu amat dikenalinya. Sangat di kenalinya.
“Aku rindukan kau… Kalau kau…” Tiba-tiba panggilan itu terputus.
“Helo? Helo?!” Qalesya memandang skrin itu. Ternyata si pemanggil sudah menamatkan panggilannya. Badannya menggeletar ketakutan. Dia berlari menuju ke tingkap bilik dan matanya mula melilau mencari lelaki itu kalau-kalau lelaki itu ada di luar rumahnya.
Qalesya memerah ingatannya untuk mengingat kembali wajah lelaki itu, namun kepalanya kembali berdenyut sakit. Dia kesakitan. Tiba-tiba dia menjerit. Puan Zaleha yang kebetulan ingin masuk ke dalam bilik pengantin anaknya itu terkejut mendengar jeritan anaknya itu.
“Sayang! Kenapa ni nak?” Tanya Puan Zaleha sambil memeluk kepala Qalesya dengan tujuan untuk menenangkan Qalesya.
“Mama! Dia datang ma… Dia datang!” Qalesya menunjuk-nunjuk arah luar biliknya sambil menangis tersedu-sedu. Puan Zaleha memandang arah telunjuk Qalesya itu namun tiada siapa yang tidak dikenali di situ melainkan abang-abang dan kenalan Qalesya. Encik Zahirul bergegas masuk apabila diberitahu tentang keadaan anaknya itu.
“Tak ada sayang… Tak ada… Kid dah makan ubat belum?” Puan Zaleha menafikan apa yang dilihat oleh Qalesya. Wajah Qalesya pucat. Mamanya meminta Qalesya mengucap dan bertenang. Qalesya mula tenang namun wajahnya menjadi tidak keruan.
“Panggil Mak Esah…” Suruh Puan Zaleha. Beberapa minit kemudian Mak Esah datang sambil membawa alatan soleknya. Selendang yang dipakai oleh Qalesya di tanggalkan lalu Mak Esah meminta Qalesya untuk membasuh muka agar sisa-sisa air matanya dibersihkan.
Setelah itu wajah Qalesya disolek semula walaupun wajahnya sudah hilang keseriannya.
.................................................................................................................................................
ELHAM menggigit bibir memandang Qalesya yang duduk di birai katil pengantin. Wanita itu hanya termenung seolah-olah tidak mengingati bahawa sudah lebih enam jam mereka diijabkabulkan
“Sayang?” Elham memanggil. Namun tiada respon yang diterima. Qalesya membatu dan membisu. Elham melangkah keluar dari bilik tidur itu dan menuju ke dapur. Kelihatan mertuanya ada di situ sedang makan.
“Elham… Kenapa nak?” Tanya Puan Zaleha yang hairan melihat menantunya keluar waktu sebegitu. Sepatutnya ketika ini, mereka suami isteri sedang menikmati malam perkahwinan. Namun Elham tidak.
“Entahlah ma… Elham tak tahu kenapa Esya senyap je dari tadi… Masa Elham sarungkan cincin tadi… Esya macam ketakutan… Tangannya sejuk…” Elham meluahkan perasaannya yang terbuku dari tadi.
Puan Zaleha memandang suaminya. Serentak mereka berdua menghembus nafas perlahan. Mereka menyuruh Elham duduk.
“Mama nak bagi tahu kamu sesuatu yang kamu tak tahu mengenai Esya…” Kata-kata Puan Zaleha mula kedengaran.