ENAM BELAS
MAJLIS PERNIKAHAN QALESYA & ELHAM
Qalesya tersenyum
memandang dirinya dalam pakaian pengantinnya. Rona hijau pucuk pisang memang
sesuai dengan warna kulitnya yang putih gebu.
Mak andam Esah
masuk sambil membawa beg make-upnya.
Dia memandang Qalesya.
“Amboi! Cantiknya…
Tak payah make-uplah… Dah cantik
dah…” Puji Mak Esah.
“Mana ada…
Pucatlah Mak Esah…” Qalesya malu-malu kucing.
“Kamu dah ambil
wuduk belum?” Soalan itu ditanyakan ketika Qalesya sedang memakai anak tudung.
“Dah Mak Esah…”
Jawab Qalesya. Mak Esah tersenyum memandang gelagat Qalesya.
“Dah siap belum?
Mak Esah nak mula dah ni…” Suara Mak Esah tiba-tiba membuat Qalesya kecut
perut.
“Takutlah Mak
Esah…” Qalesya bersuara. Mak Esah tersenyum lagi.
“Biasalah tu…
Semua perempuan yang nak kahwin mestilah takut… Hish! Kamu ni…” Jawab Mak Esah
tenang dan mula menyapu bedak asas ke muka Qalesya.
.................................................................................................................................................
KETIKA orang ramai
mula memenuhi khemah makan tetamu, rombongan pengantin lelaki sampai dengan
membawa sebelas dulang hantaran berbalas tiga belas. Pihak perempuan meminta
wang hantaran sebanyak RM 10,000.
Tiba-tiba Blackberry Qalesya berlagu riang. Dia
memandang skrin handphonenya itu.
Nombor yang tertera adalah nombor yang tidak dikenalinya. Memang pantang
Qalesya kalau ada nombor yang tidak bernama tidak akan diangkatnya. Namun
hatinya kuat menyuruh mindanya untuk menjawab panggilan itu. Akhirnya dia
menjawab panggilan itu.
“Helo?” Suara
Qalesya perlahan. Dia keseorangan ketika itu.
“Tahniah!” Jawab
suara itu. Qalesya terpana. Wajahnya tiba-tiba pucat. Suara itu amat
dikenalinya. Sangat di kenalinya.
“Aku rindukan kau…
Kalau kau…” Tiba-tiba panggilan itu terputus.
“Helo? Helo?!”
Qalesya memandang skrin itu. Ternyata si pemanggil sudah menamatkan
panggilannya. Badannya menggeletar ketakutan. Dia berlari menuju ke tingkap
bilik dan matanya mula melilau mencari lelaki itu kalau-kalau lelaki itu ada di
luar rumahnya.
Qalesya memerah
ingatannya untuk mengingat kembali wajah lelaki itu, namun kepalanya kembali
berdenyut sakit. Dia kesakitan. Tiba-tiba dia menjerit. Puan Zaleha yang
kebetulan ingin masuk ke dalam bilik pengantin anaknya itu terkejut mendengar
jeritan anaknya itu.
“Sayang! Kenapa ni
nak?” Tanya Puan Zaleha sambil memeluk kepala Qalesya dengan tujuan untuk
menenangkan Qalesya.
“Mama! Dia datang
ma… Dia datang!” Qalesya menunjuk-nunjuk arah luar biliknya sambil menangis
tersedu-sedu. Puan Zaleha memandang arah telunjuk Qalesya itu namun tiada siapa
yang tidak dikenali di situ melainkan abang-abang dan kenalan Qalesya. Encik
Zahirul bergegas masuk apabila diberitahu tentang keadaan anaknya itu.
“Tak ada sayang…
Tak ada… Kid dah makan ubat belum?” Puan Zaleha menafikan apa yang dilihat oleh
Qalesya. Wajah Qalesya pucat. Mamanya meminta Qalesya mengucap dan bertenang.
Qalesya mula tenang namun wajahnya menjadi tidak keruan.
“Panggil Mak
Esah…” Suruh Puan Zaleha. Beberapa minit kemudian Mak Esah datang sambil
membawa alatan soleknya. Selendang yang dipakai oleh Qalesya di tanggalkan lalu
Mak Esah meminta Qalesya untuk membasuh muka agar sisa-sisa air matanya
dibersihkan.
Setelah itu wajah
Qalesya disolek semula walaupun wajahnya sudah hilang keseriannya.
.................................................................................................................................................
ELHAM menggigit
bibir memandang Qalesya yang duduk di birai katil pengantin. Wanita itu hanya
termenung seolah-olah tidak mengingati bahawa sudah lebih enam jam mereka
diijabkabulkan
“Sayang?” Elham
memanggil. Namun tiada respon yang diterima. Qalesya membatu dan membisu. Elham
melangkah keluar dari bilik tidur itu dan menuju ke dapur. Kelihatan mertuanya
ada di situ sedang makan.
“Elham… Kenapa
nak?” Tanya Puan Zaleha yang hairan melihat menantunya keluar waktu sebegitu.
Sepatutnya ketika ini, mereka suami isteri sedang menikmati malam perkahwinan.
Namun Elham tidak.
“Entahlah ma…
Elham tak tahu kenapa Esya senyap je dari tadi… Masa Elham sarungkan cincin
tadi… Esya macam ketakutan… Tangannya sejuk…” Elham meluahkan perasaannya yang
terbuku dari tadi.
Puan Zaleha
memandang suaminya. Serentak mereka berdua menghembus nafas perlahan. Mereka
menyuruh Elham duduk.
“Mama nak bagi
tahu kamu sesuatu yang kamu tak tahu mengenai Esya…” Kata-kata Puan Zaleha mula
kedengaran.
No comments:
Post a Comment