Sunday, 6 May 2012

AKU TULANG RUSUKMU


LIMA BELAS

NEGERI SEMBILAN

            “Nampaknya kedua-dua belah pihak dah setuju… Majlis pertunangan Esya dengan Elham akan diadakan pada hujung bulan ni…” Encik Zahirul memberi kata putus.
            “Dan Insya-Allah… Tiga bulan lagi kita nikahkan anak-anak kita ni…” Puan Zaleha menyambung sambil memandang Elham yang kelihatan malu-malu kucing itu. Semua yang ada di situ ketawa kecil dengan kata-kata Puan Zaleha.
            Qalesya yang ada di dalam bilik bersama kawan-kawannya berasa cukup gembira mendengarkan keputusan kedua-dua ibu bapanya. Doanya selama ini telah termakbul. Lelaki yang dia cintai kembali dalam hidupnya.
            Elham muncul setelah sekian lama menghilangkan diri. Tujuh tahun Qalesya menantikan Elham dan akhirnya dia muncul kembali. Dan dalam masa tiga bulan lagi, Qalesya akan bergelar isteri Elham.
..................................................................................................................................................................
            BLACKBERRY milik Qalesya bergetar menandakan ada mesej masuk. Qalesya mencapainya. Dia membaca mesej yang masuk itu.
‘Aii shite ru sayang!’
Begitulah mesej yang tertera di skrin Blackberry hadiah pertunangannya. Tiba-tiba, telefon itu bergetar lagi.
‘Tak sabarlah sayang!’
            Mesej kedua itu berbunyi. Qalesya tersenyum memandang kata-kata yang tertera itu. Qalesya menggigit ibu jari kanannya sambil tangan kirinya membelek-belek telefonnya. Qalesya tersenyum lagi.
            Tiba-tiba wajah Isqandar muncul di hadapan matanya. Qalesya hairan.
            ‘Apasal muka dia yang keluar? Kenapa bukan Elham?’ Bisik hati kecil Qalesya. Wanita itu mula bangun menuju ke arah balkoni apartmentnya. Angin malam meniup lembut wajah bujur sirihnya.
            Kenangan pahit itu muncul lagi. Senyuma sinis dan wangian yang dipakai oleh lelaki itu mula menghantui dirinya semula. Automatik badan Qalesya menggigil seolah-olah lelaki itu ada di hadapannya. Qalesya menjerit ketakutan tiba-tiba. Ariana yang kebetulan ada dirumah meluru laju mendapatkan Qalesya.
            Ariana memeluk Qalesya yang sudah terperosok di penjuru biliknya. Qalesya masih lagi menjerit namun semakin lama semakin perlahan. Air mata Qalesya mengalir laju. Dia memeluk Ariana.
            “Syhh… Dah Esya… Cukup sayang… Jangan nangis lagi…” Ariana memujuk Qalesya yang tersedu-sedu dalam pelukannya.
            “Aku takut Ari… Aku takut…” Qalesya memeluk erat Ariana. Rambutnya agak kusut. Ariana menepuk-nepuk perlahan belakang Qalesya sambil meminta Qalesya mengucap. Qalesya memejam mata sambil beristighfar. Degupan jantungnya sydah kembali normal.
            “Kau lupakan lelaki tu kay… Dia tu orang yang hamper nak musnahkan hidup kau… Kau kan dah nak kah…”
            “Tapi kenapa bayangan dia tak pernah hilang?” Qalesya memotong laju percakapan Ariana. Qalesya yakin yang dia akan menemui lelaki itu semula walaupun kata-kata Ariana ada benarnya.
            “Qalesya! Kau kena ingat… Kau dah nak kahwin… Lupakan lelaki tu!” Ariana memegang kejap bahu Qalesya sambil meluahkan perasaannya. Qalesya terkedu. Teman yang selama ini cukup sabar dengan karenahnya melenting pada hari itu. Air mata Qalesya mengalir perlahan. Dia menundukkan wajahnya.
            Ariana serba salah kerana telah melenting kepada Qalesya. Dia kemudiannya memeluk Qalesya erat.
            “Aku bukan apa… Aku tak nak benda-benda ni akan mengganggu hubungan kau dengan Elham… Aku nak tengok kau bahagia… Tolonglah Esya… Sedarlah… Lelaki tu datang hanya nak musnahkan hidup kau je… Tak lebih dari tu…” Panjang lebar Ariana berhujah mengenai perasaannya.
            “Aku nak tengok kau tersenyum semula… Bukan bersedih…” Ucap Ariana lagi
            ‘Aku tak nak kau sedih macam Isqandar…’ Hati Ariana berbisik pula.
            “Tapi… Aku…” Qalesya tersedu-sedu ketika bersuara.
            “Enough is enough Esya…” Ariana menegah lagi. Dia terus bangun dan meninggalkan Qalesya sendirian di biliknya.
..................................................................................................................................................................
            “APA yang aku dah buat ni? Kenapa aku nak seksa dia lagi?” Lelaki itu mengomel sendirian sambil mundar-mandir dalam bilik pangsapurinya. Lelaki itu meraup wajahnya sambil menghempas nafar kasar. Dia jadi tak senang duduk dengan tindakan bodohnya itu. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk orang. Dia terkaget sebentar.
            “Apasal lambat sangat buka pintu ni?!” Tengking seorang wanita setelah lebih sepuluh minit dia menanti di luar rumah. Berkerut dahi lelaki itu memandang wanita di hadapannya.
            “You nak apa lagi? Boleh tak you jangan kacau I lagi… I dah bosan…” Lelaki itu bersuara perlahan.
            “I datang nak tanya khabar you… Tak boleh ke?” Wanita itu terus memeluk leher lelaki itu. Lelaki itu rimas dengan pelukan itu. Dia ingin melepaskan dirinya dari pelukan itu.
            “Dahlah Di… I tak sukalah…” Lelaki itu bersuara.
            “You ni kenapa? Sejak bila you dah pandai tolak-tolak I ni? You ingat sikit… You masih ada hutang dengan I...” Wanita itu memarahi lelaki itu.
            “I ada kerja untuk you… Yang ni last… Lepas tu I tak kacau you lagi… Boleh?” Sambung wanita itu lagi.
Lelaki itu memandang wanita tersebut dengan pandangan tajam. Dia bangun dan berhadapan dengan wanita yang sudah menghancurkan hidupnya.
“Kau memang perempuan tak gun akan?!” Lelaki itu menengking. Matanya mencerlung wajah cantik wanita itu.
“Hei kau dengar sini! Kalau tak kerana aku… Abang kau dah lama mampus… Kau tahu tak? Kalau tak kerana aku juga… Kau dah lama tak ada kat dunia ni… Kau sedar tak?!” Wanita itu menengking.
Lelaki itu tunduk memandang kakinya sambil memicit-micit dahinya. Kepalanya berdenyut-denyut secara tiba-tiba.
“Aku akan telefon kau… Nanti aku bagi tahu apa yang perlu kau buat…” Wanita itu terus berlalu meninggalkan lelaki itu.
Lelaki itu meraup wajahnya untuk kesekian kalinya.