SEBELAS
2 MINGGU KEMUDIAN
HOSPITAL SEREMBAN
“Kid…”
Puan Zaleha memanggil Qalesya yang telah banyak berubah sejak kejadian dia
diculik. Qalesya menjadi pendiam dan kadangkala dia meracau ketakutan di waktu
malam.
“Mama…”
Qalesya memandang mamanya. Puan Zaleha memandang sayu anak gadis tunggalnya.
Digelar Kid kerana terlalu obses
dengan watak anime Jepun Kaitou Kid
dalam cerita Detective Conan. Penuh
biliknya dengan poster Kaitou Kid.
Berperwatakan lelaki kerana terikutkan perangai abang-abangnya.
Namun
berubah menjadi seorang gadis yang cantik, berbudi bahasa setelah tamat
pengajian disebuah universiti tempatan dalam bidang Business Management. Bekerja disebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur sebagai
pegawai pemasaran.
“Siapa
lelaki tu sayang?” Tanay Puan Zaleha penuh hati-hati. Tiba-tiba air mata
Qalesya mengalir perlahan. Qalesya menjadi amat sensitif apabila ditanya
tentang lelaki itu.
“Kid
tak nak bagi tahu… Kid dah janji…” Katanya dengan suara timbul tenggelam.
Isqandar masuk dan membawa sejambak bunga tulip kesukaan Qalesya.
“Assalamualaikum
makcik…” Ucap Isqandar sambil mencium belakang tapak tangan Puan Zaleha.
“Waalaikumussalam…”
Puan Zaleha menjawab sambil tersenyum.
“Ini
untuk awak…” Isqandar menghulurkan jambangan tulip itu kepada Qalesya. Qalesya
menyambutnya dengan senyuman tawar.
“Saya
bawakan kawan-kawan serumah awak…” Kata Isqandar lagi.
Heliza,
Ariana dan Mya Zara melangkah masuk lalu memeluk Qalesya. Qalesya terharu.
“Kami
semua rindukan kau…” Kata Heliza. Ariana dan Mya Zara mengangguk setuju.
Isqandar sekadar memerhatikan mereka semua dari sudut bilik kelas satu itu. Dia
yang membiayai kos rawatan dan perubatan Qalesya kerana wanita itu pekerjanya.
“Encik
Ian… Terima kasih untuk segalanya…” Ucap Qalesya perlahan. Isqandar tersenyum.
“Dah
jadi tanggungjawab saya, sebagai atasan awak…” Balas Isqandar. Buat seketika
mereka berbual-bual banyak perkara sementelah mereka sudah lama tidak bertemu.
Doktor yang merawat Qalesya masuk dan meminta semua yang ada untuk tunggu di
luar.
“Minta
semua yang ada sila keluar sebentar kerana saya ingin periksa pesakit saya…”
Semua yang ada mula melangkah keluar meninggalkan doktor tersebut bersama
Qalesya.
Isqandar
melangkah perlahan ke arah Puan Zaleha yang berdiri tidak jauh dari pintu bilik
Qalesya. Mata tua wanita itu memandang penuh kasih anaknya yang sedang
diperiksa oleh doktor.
“Makcik…”
Panggil Isqandar lembut. Puan Zaleha menoleh memandang anak muda di sebelahnya.
“Ada apa nak?” Tanya Puan
Zaleha.
“Makcik
dah sampaikan hasrat saya yang tempoh hari kepada Qalesya?” Tanya Isqandar agak
perlahan. Dia bimbang kawan-kawan Qalesya mendengarinya.
Wanita
tua itu mengeluh perlahan. Matanya memandang wajah Isqandar.
“Makcik
rasa masanya agak tak sesuai sekarang ni… Makcik garap kamu boleh bersabar… Ya
nak…” Perlahan sahaja wanita itu menuturkan kata-katanya. Isqandar angguk
mengerti.
Doktor
tadi keluar dan menggamit Puan Zaleha.
“Qalesya
dah boleh keluar esok… Dan dia masih lagi perlukan rawatan rumah… Saya rasa
suasana rumah mungkin akan membantu dia untuk ingat semula… Dan saya harap puan
akan bawa dia jumpa dengan pakar psikiatri untuk membantu dia untuk selesaikan
masalah dia…” Doktor muda itu berkata.
“Tapi
anak saya tak gila…” Puan Zaleha membantah.
“Rawatan
itu bukan untuk orang gila sahaja puan… Saya cuma nak bantu anak puan pulih
semula… Ni kad doktor yang saya rasa boleh membantu anak puan…” Doktor itu
menghulurkan sekeping kad kepada Puan Zaleha.
“Saya
pergi dulu…” Doktor itu berlalu pergi meninggalkan Puan Zaleha dan Isqandar.
“Makcik…
Saya rasa cadangan doktor tadi okey juga… Manalah tahu Qalesya boleh cepat sembuh?” Ucap Isqandar tanda bersetuju dengan cadangan tersebut. Akhirnya Puan Zaleha bersetuju.