Saturday, 31 March 2012

HIDUP TAK SELALUNYA INDAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya dah lama jari jemari aku ni tak menaip disini... Emm... Aku agak sibuk kebelakangan ni... Well, entry aku kali ni lain sikit... Kalau sebelum ni asyik duk menaip novel, malam ni aku nak tulis benda lain sikit... (yang bestnya telinga aku ni disuakan dengan lagu-lagu hindustan... Memang layan habis...)

Malam ni tajuk entry aku ialah "Hidup tak selalunya INDAH..." Kenapa aku kata begitu? Adakah kerana hidup aku yang tak berapa nak indah ataupun hidup orang lain yang aku nampak indah jerrrr.......

Emm... Dengan masa yang tak sampai beberapa jam nak melangkah ke bulan baru ni... Membuatkan aku berfikir sejenak... Dalam masa dua minggu lagi aku akan melangkah ke alam dewasa dan meninggalkan alam remaja... Aku berfikir adakah dengan umur yang makin meningkat ni akan mampu mematangkan aku???

Sedar tak sedar sebenarnya aku ni dah TUA!! Angka 20 mula mendominasi minda aku untuk berubah menjadi yang lebih baik... Walaupun aku masih belum nampak mana jalannya... Namun aku percaya yang jalan tu ada... Aku kadangkala bertanya kepada diriku sendiri... Adakah aku sudah cukup kuat untuk menghadapi segala macam cabaran dan dugaan? Kita takkan tahu apakah bentuk cabaran dan dugaan yang bakal kita hadapi...

Aku takut memikirkan apa yang akan berlaku yang sememangnya menjadi rahsia ALLAH... Aku juga takut aku akan kecundang ataupun akan melatah... Aku hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan lahiriah mahupun rohaniah... Itu saja...

Macam apa yang aku katakan tadi... Hidup kita ni tak selalunya indah... Pasti akan ada yang pahit... Macam tu juga lah life aku... (tapi aku rasa life aku ni lagi banyak yang pahit je kut.... =p)

Rasanya tu je untuk kali ni...

#bagi readers blog aku ni yang tertunggu sambungan novel aku... aku harap korang sabarlah ye... Tak ada aral melintang aku taip lah...... Sayang korang semua.... And terima kasih sebab sudi singgah and bace entry2 yang aku post......

ARIGATOU KOZAIMASU!!!

Saturday, 10 March 2012

AKU TULANG RUSUKMU


TIGA BELAS

            “Sudi tak awak jadi suri dalam hidup saya? Jadi kekasih dan bidadari dalam hidup saya? Jadi menantu dalam keluarga saya? Jadi anak perempuan kepada ummi saya… Jadi ibu kepada bakal anak-anak saya? Dan yang paling penting… Jadi tulang rusuk saya? Terngiang-ngiang suara Isqandar ditelinganya.
            Qalesya masih lagi mencari-cari jawapan. Buntu memikirkannya. Dia seolah-olah dalam dilema. Terima atau menolak. Dia tidak punya kekuatan. Sudah tiga malam berturut-turut dia membuat solat sunat Istikharah sejak Isqandar melamarnya.
            Dia masih tidak ingat apa-apa mengenai lelaki itu melainkan dia tahu bahawa lelaki itu adalah atasannya. Dibenak Qalesya kini cuma terdapat satu wajah namun agak samar-samar.
            Saban malam dia termimpikan lelaki itu namun dia tidak dapat mengingatinya. Ada suara lain yang bermain-main dikepalanya. Hatinya tiba-tiba merasa amat sebak. Air matanya terhambur.
            “Ya Allah! Kenapa dugaan seberat ini yang Kau timpakan di atas pundakku? Aku tak kuat, Ya Allah… Bantulah hamba Mu ini untuk menghadapi semuanya…” Qalesya menangis sepanjang malam.
..................................................................................................................................................................
            ISQANDAR menyapu mukanya setelah memberi salam yang terakhir tadi. Dia menghela nafas panjang. Dia berzikir seketika. Selang beberapa minit kemudian dia menadah tangan untuk memanjatkan doa. Dia memohon doa untuk dirinya, keluarganya, saudara-saudarinya, sahabat-sahabatnya dan juga untuk wanita yang sangat dia cintai.
            “Ya Allah… Jika dia bukan untukku… Kau hilangkanlah perasaan cinta sayangku ini terhadapnya Ya Allah… Jika dia milikku… Jika dia yang Kau ciptakan untukku… Jika dia tulang rusukku… Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima cinta dan sayangku namun tidak melebihi cintanya terhadap Mu… Ya Allah… Berikanlah aku jalan untuk menghadapinya… Amin…” Isqandar mengesat air matanya yang tiba-tiba tumpah. Dia menarik keluar buku Yassin yang terletak dalam almari dan mulai larut dalam bacaannya yang penuh penghayatan.
..................................................................................................................................................................
            “ARIGATOU KOZAIMAS!” Ucap lelaki itu sambil tersenyum. Kebetulan Qalesya lalu dimeja lelaki yang mengucapkan bahasa Jepun itu yang membawa maksud ‘terima kasih banyak.’
            Kelihatan lelaki itu sedang berbual sambil berdiri sebelum lelaki yang seorang lagi beredar pergi. Qalesya yang berjalan agak perlahan itu mula melangkah laju apabila mata lelaki itu mula memandangnya.
            Qalesya terasa seperti amat mengenali lelaki itu namun dia khuatir dia akan tersalah orang. Dia menoleh ke belakang setelah dia keluar dari restoran yang menyediakan makanan Jepun itu. Dia terpandang lelaki tadi. Lelaki itu berjalan menuju ke tempat meletak kereta yang berada dibahu jalan sebelah kiri. Lelaki itu membuka pintu kereta BMWnya yang berwarna hitam, masuk dan menyusur keluar dari tempat itu. Lelaki itu langsung tidak perasan yang dirinya diperhatikan oleh Qalesya.
            “Elham ke?” Qalesya bertanya kepada dirinya sendiri.
            “Bukan kut… Perasaan aku je ni…” Dia memutuskannya sendiri dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

Wednesday, 7 March 2012

Akhirnya...................

Hampir lebih 3 bulan aku menantikan keputusan STPM... Akhirnya debaran itu berakhir dengan pengumuman bahawa keputusan STPM keluar pada hari ini... Aku berdoa dan akhirnya keputusan yang aku perolehi 2.58... Alhamdulillah....... Dapat 1 B+, and 3 C+... Walaupun tiada A namun aku berbangga dengan keputusan aku.....


At least tiada GAGAL!!