Thursday, 14 November 2013

HAYATILAH!

Assalamualaikum semua.....

Entry kali ni simple jer.... Luahan rasa aku just ada dalam lagu kat bawah nie!


Tu je... Nak taip lebih2 takut meleleh pulak air mata nie.... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! :"(

Done! Assalamualaikum....

Monday, 14 October 2013

LAYAN.....

Assalamualaikum guys!!!

Malam ni dok mengulang2 lagu yang sama! PERMATA YANG DICARI! Huhuhuhu! Tak tahu pasal apa... Sayu jer rasa hati nie... Nie pon tengah dok kat luar walaupun kaki ku dah start gatal2 kena cium nyamuk... Malas nak dok kat dalam... Takda privasi... Kita nak feeling2 pon tak best sbb anak2 buah dok mengacau... Aishhh... Nak buat camne kan..... 

Malam ni malam raya... Raya Haji! Esok Raya Haji... Apa yang aku nak korbankan nie??? Korban perasaan??? Hahaha... Boleh ke??? Aku yang tengah sakit pinggang... Al maklumlah baru hari kedua period... Cuti... Penat... Emosi pon xstabil... Senggugut... Macam2 sakit lagilah... Tapi aku tau yang tu semua kafarah dosa... Aku kena kuat and sabar... Hahaha... Malam nie aku totally mengarut! Aku tak tahu kenapa aku begini???

Dah3... Aku stop sini dulu.... bye... And Maaf.... Selamat Menyambut Aidil Adha....

assalamualaikum....

Saturday, 12 October 2013

AKUKAH PERMATA YANG DICARI???



Assalamualaikum guys!!!

Rindu kat korang semua! Tajuk entry kali ini... PERMATA YANG DICARI... Salah satu lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Dehearty... Sebenranya setiap kali aku dengar lagu ni... Hati aku akan jadi sebak sangat... Tak tau lah kenapa??? Terdetik dalam hati aku yang paaaaaaaaaliiiiiinnnnggggggg dalam.... Adakah aku layak digelar permata yang dicari? Mampukah aku menjadi permata yang dicari oleh lelaki baik kat luar sana??? Masa taip pasal benda ni pon airmata dah nak mengalir... Tapi aku tahan... Aku kuatkan hati... Sering kali jugak aku mengeluh... "Alangkah bagusnya kalau AKU yang boleh jadi permata yang dicari macam dalam lagu kat atas nie...."

Kawan2 aku cakap "Insha ALLAH... Kau pun boleh jadi..." Tapi, aku tahu siapa diri aku... Aku tahu mana nak letak tahap diri aku sendiri... Aku cuma mampu berdoa agar ALLAH mengurniakan aku seorang LELAKI yang mampu membawa aku ke jalan yang diredhai... Aku tak nak mintak banyak... Tu je... Yang mampu jaga aku... Terima aku seadanya... (Huwaaaaaa! Tak tahan dah nak nangis! Fuh fuh fuh! Kuat Fairuz! Kuat!)

Oklah... Setakat ni dulu.... Tak boleh nak tulis lagi... Dah nak meleleh dah airmata aku.... bye semua.... senang2 lah tinggalkan komen.... sayang korang semua.... (doakan aku yer!!!!!)

Smilesokmodeh!

See ya!!

Saturday, 21 September 2013

HARI YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN!!!

Assalamualaikum guys!!!!

Ha3!!! Hari nie memang hari yang sangat menggembirakan!!! Why??? Sebab... Hari nie merupakan hari aku ambil result untuk semester yang lepas... Macam biasalah... Aku bangun pagi... Solat Subuh... Mandi... Xsarapan pon... Aku terus bersiap nak pergi kolej... Aku berdebar2 sangat masa nak ambil result...

Akhirnya sampai di kolej... Aku uruskan pendaftaran subjek... And macam2 lagilah... Dan tibalah saat yang mendebarkan itu! Aku terus pergi pada cik Nini sebab nak ambil result... Dia suruh aku sebut no last matrik aku... 086... Dia tersenyum... Aku panik kejap... Berdebar pon ada... Aku tanya kenapa dia pandang aku sampai macam tu sekali... Teruk ke result aku??? Dia senyum lagi sambil cakap... "Saya nak ucapkan tahniah kat awak!" Dia keluarkan slip result... Aku tengok... Terus aku terduduk!

Ya ALLAH! Alhamdulillah!!! Aku lulus semua subjek!!! I feel like crying masa tu... Tak sangka aku dapat result yang betul2 bangga dengan kemampuan aku! Aku dapat semua A untuk semester nie... Alhamdulillah pointer aku pon naik! Walaupun aku belum mencapai tahap dekan... Tapi aku akan terus mencuba! Aku rasa bersyukur sangat! Sebab aku tak menjangkakan yang aku akan lulus subjek pedagogi yang pada aku sangat killer! Alhamdulillah sangat!

Rasanya sampai sini sahaja... Nanti bila senang aku uploadkan picture result aku untuk tunjukkan kat korang...

#smile always... saya sayang semua... =)

Sunday, 15 September 2013

SETAHUN SUDAH BERLALU....

Assalamualaikum guys!

Nak bagi tau yang hari nie merupakan hari yang sangat bermakna buat kami semua penuntut KPAKK Kohort 13AB G1, 2 & 3.... Sebabnya... Dah setahun kami semua menuntut ilmu disana... Aku berdoa agar segala ilmu yang kami terima sepanjang setahun bergelar student akan memberi manfaat kepada kami semua.... amiinn!

Sekarang, hanya tinggal 1 tahun 6 bulan sahaja lagi sebelum kami semua bergelar PENDIDIK!!! I'm sooooooo excited!!! Aku hari tu ade buat group assignment... Kami kena pergi sebuah tadika untuk menjalankan sesi pengajaran dan juga bercerita! Soooo excited mase nak buat assignment nie... seronok sangat bile kanak-kanak tadika panggil kami CIKGU! Best!

Balik cuti raya hari tu kami ade buat story telling... Story telling pada kanak-kanak tadika yang datang pada kolej kami... Mase tu ade cerita... First, Goldilock & Tiga ekor beruang... Lepas tu cerita pasal Gadis Bertudung Merah.... ( ala... Little Red Riding Hood.... ) Kanak-kanak tu excited bile kami jalankan aktiviti tu... The owner cakap... "once they understand... the whole thing will be okay...." Satu pujian yang bagus... Ada juga yang cakap yagn kami buat nie yang terbaik and kali pertama...! (Kiteorang yang first pakai background music...)

Anyways... Selamat Ulangtahun Perkenalan kepada semua student Kohort 13 KPAKK... Moga kita semua akan terus success and menjadi seorang PENDIDIK yang akan mendidik bakal2 pemimpin ummah... Amiinn....

Done! Pen off! Nite... ^___^

Assalamualaikum....

TERSENTAP!!

Assalamualaikum guys!

Haa! Entry aku kali nie nak cite pasal somebody... Hmmmm... Somebody yang DAHULUnya satu sekolah ngan aku... Tapi tak satu kelas pon... Hmmmm... Nama die.................... ( Maaf! Aku terpakse rahsiakannya! ) Pasal penulisan kat blog nie akan menjadi satu benda yang orang kata worldwide! Everybody will read it! Sape2 yang pernah bersekolah ngan aku, kenal ngan aku dulu maybe mereka tau sape yang aku maksudkan kat sini! Well, back to my stories here...

Long ago... Kira-kira 7 tahun yang lalu! Aku berpindah ke kampung mamaku di well korang tau kan... Kat NEGERI SEMBILAN... Aku memulakan persekolahan ku di ting.3... Seminggu bersekolah... Semuanya ok... Then I meet someone! He! Pada mulanya aku anggap dia kawan... Lama berkawan... ( berJIRAN plak tu... ) Sejujurnya aku merasakan yang aku.... mula jatuh sayang padanya.... >_<

Aku cuba menafikan perasaan tu sebab masih muda... Tapi makin aku cuba... Perasaan tu makin tumbuh! Aku JATUH CINTA padanya! Sememangnya dia ada ciri-ciri lelaki idaman ku... Sepanjang empat tahun aku memendam perasaan... Tibalah di suatu hari di mana aku menguatkan hatiku untuk meluahkan apa yang aku rasakan selama nie... Masa tu dalam bulan syawal tahun kedua aku bergelar pelajar form 6... ( Kebetulan lepas cuti raya trial stpm! )

Sebelum balik asrama, kiteorang p jalan raya... Aku naik kereta bapak die... (Aku tak luahkan mase p jalan raya tau... ) Seronooook sangat mase p jalan raye mase tu.... Kenangan yang manis kot yang aku rase.... ( aku tak taulah kalau die masih ingat pasal benda nie... tapi aku penah masak untuk die! Ikan talapia masak kicap... walaupun bukan aku yang masak untuknya 100%.... ) Aku pon balik asrama kat GEMAS... Aku bawak hp mase tu....

Malam tu aku menguatkan hati aku menaip mesej sepanjang 5-6 muka jugaklah.... aku luahkan segala2nya! Aku tak ingat ape yang aku taip.... hehehe... sorry guys... Tunggu punya tunggu sampai tertidur aku tunggu mesej balasan dari die... Keesokannya... Aku ingat lagi time tu SEJARAH 2... Cikgu aku masuk lewat sikit... Aku bukak hp... xde pulak mesej die.... hmmmm.... penat menunggu... tapi mase tu hati aku berdebar2 sangat! Aku pon tunggu kat luar... (luar kelas...)

Tiba2... Satu mesej masuk!

Waalaikumussalam...
"Fairuz... Cinta tak boleh dipaksa… Cinta macam bunga… Hanya kembang jika cukup syaratnya… Sinar mentari, air… Tak ada mana-mana makhluk Allah yang boleh buat bunga kembang tanpa izin yang Maha Kuasa… Begitu juga dengan cinta… Tapi, kadang-kadang ia bukan kurnia… Tapi dugaan untuk menguji jauh mana cinta kau pada manusia atau pada Dia yang Maha Esa… Aku minta maaf Fairuz… Aku sebagai kawan kau akan doakan kau  dapat yang lebih baik dari aku… Kau jangan lupa mohon petunjuk dari Allah… Adakah cinta kau ni memang dari Allah atau sekadar bisikan nafsu untuk buat kau leka…"

Papp! Aku baca mesej dia dekat 10 kali! Mase tulah air mata aku menitis laju! Dada aku terasa sebak, sakit! Aku cuba kuat! Dia menolak aku dengan cara yang paling berhemah! Tapi aku menyesal sangat! Sebab aku lambat bagitau die... Seminggu juga aku menangis kerana dia... Ramai kawan2 aku tanya kenapa... Aku cuma bagitahu kat adik angkat dengan kawan yang rapat dengan aku... (Didie... Kat my best friend Izzah and my lovely cousin Izzaty....) Aku jadi lemah semangat, putus asa pon ade!

Aku berdoa kalau betul dia bukan jodoh aku hilangkanlah sakit yang aku rasakan mase tu... Berkali2 aku cuba... sampai aku ambik tindakan bodoh... (update status kat fb jer okay....) dengan terpakse abang kembar die masuk campur bg nasihat.... die cume tulis kat chat fb... dh lame dah.... Lepas bace nasihat die... aku mula belajar lupakan die walaupun hakikatnya sampai sekarang aku masih sukakan dia!

Hmmmm.... Aku terserempak dengan dia hari nie kat kenduri kahwin... Aku jadi kaku untuk menegur... Cuma tersenyum... Jantung aku tersentap memandang wajahnya...

Satu je aku nak cakap kat dia...

Aku tau aku tak layak untuk kau... Tapi... Aku susah nak lupakan kau... Maafkan aku... Aku akan doakan kebahagiaan kau dari jauh.... Sebab... Bahagia mu menjadi derita ku...

Ok guys! Tamat sudah telenovela nie.... huhuhu... Please doooooo read and leave a comment okay.... 

#senyum sokmo dehhh....

Assalamualaikum!


Monday, 19 August 2013

90 Fakta Tentang Lelaki yang PATUT kita tahu!!!

Assalamualaikum readers!!! Entry kali nie aku just copy and paste dari blog someone...

Hope you guys enjoy okay!

1 -  Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2 - Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3 - Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4 - Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5 - Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6 - Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7 - Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8 - Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9 - Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10 - Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11 - Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12 - Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13 - Lelaki menangis!!

14 - Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15 - Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16 - Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17 - Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18 - Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19 - Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20 - Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21 - Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22 - Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23 - Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24 - Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25 - Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26 - Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27 - Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28 - Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29 - Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30 - Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31 - Berhati-hati! Lelaki boleh menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32 - Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33 - Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34 - Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35 - Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36 - Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37 - Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38 - Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39 - Kebanyakan lelaki benci gay!

40 - Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41 - Lelaki sayang ibu mereka.

42 - Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43 - Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44 - Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45 - Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46 - Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47 - Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48 - Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49 - Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50 - Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

51 - Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

52 - Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53 - Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54 - Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55 - Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56 - Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57 - Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

58 - Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59 - Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60 - Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

61 - Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62 - Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63 - Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64 - Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65 - Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66 - Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67 - Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68 - Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69 - Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70 - Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71 - Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72 - Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73 - Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74 - Lelaki terlalu banyak berfikir.

75 - Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76 - Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77 - Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78 - Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79 - Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80 - Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81 - Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82 - Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83 - Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84 - Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85 - Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

86 - Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87 - Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88 - Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89 - Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90 - Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki

Panjangnya enrty kali ni... Assalamualaikum...

Wednesday, 14 August 2013

Cerita berunsur seram dan misteri kegilaan ku!

Assalamualaikum readers...

Recently aku banyak tengok video pasal cerita hantu or some of paranormal videos kat youtube... Well benda2 camtu memang aku suka... Sampai tengah malam pon boleh lagi nak tengok! (Hakikatnya takut jugak kalau tengok sorang2!) Tapi kalau dah memang minat nak buat macam mana kan? Video2 yang aku tengok tu sometimes aku rase macam betul... Kadang2 rase macam fake sangat! Sebabnya... Mase diorang dok rakam2 tetiba ade pulak kepala perempuan rambut panjang terakam! Terkejut jugak tengok... Seram woo kalau tengok sorang2...

Malam semalam ade tengok some video dengan adik aku... Mula2 tengok cam tak takut... Tapi bila keluar gambar hantu... Hambek! Mau tercampak handphone adik aku semalam! Nak2 pulak cite hantu jepun yang aku tengok! Adik aku lak dah nak tidur mase tu... Aku tanye "ko tak nak tengok ke?" Die jawab tak nak sebab takut terbawa2 dalam mimpi! Hahaha! Penakut! Aku cakap kat die... (Padahal aku pon takut gak! Alih2 aku tutup... Alasan aku bagi sebab dah mengantuk!)

Hahaha... Nampak tak permainannya? Aku nak post kan video tu kat sini... Korang tengok and then decide lah sama ada video tu fake or real.... Jangan segan2 nak tinggalkan komen...






Sunday, 11 August 2013

Nasihat Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum readers!!!

The new look of my beloved blog!!! Hahaha... If nice and beauty... Just see it...

Hari ni nak share sikit pasal nasihat IMAM GHAZALI...

Hope you guys enjoy it!

Nasihat Imam Ghazali :

Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.
Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!


  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak – bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  • Apabila bertemu dengan orang tua – bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
  • Jika berjumpa dengan orang alim – dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  • Apabila melihat orang jahil – mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  • Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Ku letakkan arwah ku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasad ku dilipat bumi yang sunyi senyap. Nama ku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan.
Ilmu yang pertama disebut  ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua  disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.
Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.
Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan, keberanian, kesucian diri dan keadilan.
Nasehat itu mudah, yang musykil ialah menerimanya kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang sangat disukainya.
Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh, “kekalahan” menjadi belenggu nafsu dan “mati” menjadi pakaian badan, kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur, dan ahli kubur setiap saat menunggu, bilakah engkau akan sampai kepada mereka.
Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.
Lidah yang lepas dan hati yang tertutup dan penuh dengan kelalaian itu alamat kemalangan besar
Jika nafsu itu tiddak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh, maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan bur ma’rifat.
Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai  bagimu, dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon? Apakah ada yang meminta ampun? Dan apakah ada yang bertaubat?” itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang dibutuhkan. Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rizki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi kebutuhan”
Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.

Hope you guys enjoy!

Assalamualaikum!

Tak jawab dosa, jawab korang AWESOME!!!

Sunday, 4 August 2013

HARI RAYA MENJELMA LAGI

Assalamualaikum readers!!!

Long time no seeeeee...... Ahaks! busy, busy, busy, and always busy! Huhuhu... By the way... Masih belum terlambat nak ucap selamat menyambut Ramadhan (hakikatnye dah lambat gila! Raya lagi 4 hari!!!) Bulan Ramadhan bulan yang mulia... Kedatangannya DINANTI pemergiannya DITANGISI... Sedar tak sedar rupanya dah tinggal 4 hari RAMADHAN akan meninggalkan kita semua... :'( Aku harap dan berdoa yang aku akan bertemu dengan RAMADHAN akan datang... Amiin!

Back to my main point... Memandangkan HARI RAYA AIDILFITRI dah dekat sangat........ (Jatuh pada hari Khamis ini... in sha ALLAH...) Aku nak mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua yang mengenali aku secara rapat ataupun tidak... Aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan SEANDAINYA ada terkasar bahasa, tersalah bicara, dan sebagainya.... Kosong-kosong yer..... Hikhikhik!

You guys ingat lagi tak entry aku pasal kad raya? What?! Tak ingat!!! Well tak pe... Nanti aku publish semula pasal benda tu yer.... Ok lah... Sampai sini dulu lah... In sha ALLAH kite jumpe lagi esok...

Assalamualaikum...

Tak jawab dosa... Jawab... Anda AWESOME!!!

Wednesday, 12 June 2013

I got new nephew!!!!

Assalamualaikum guys!!!

Woowww!!! Its been sooooooo long I tak update my blog kesayangan nie.... huhuhu.... Busy + malas!!! By the way.... My new entry kali nie... nak cerita pasal my new NEPHEW!!! Hehehehe.... He was born on 19 April 2013.... Sayangnye... Tarikh lahir die tak sama dengan aku... huhuhuhuhuhu.... Quite sad but happy!!! He's sooooo cute!!! Her mom... Which is my lovely dovey sister give his name CHE QHAIRI MARZUQ BIN CHE HANAFI.... Nama tu membawa maksud "KEBAIKAN REZEKI YANG DIKURNIAKAN..." Seee..... Nama yang macam tajuk novel... Hahahaha.... Aku nie banyak sangat membebel!!! Jap!! Aku letak gambar sat na.........







Seeeeeeee................. Comel x?????? Aku excited sangat bila die nie dilahirkan.... Aku rasa x sabar sangat nak kahwin..... hehehe..... So total of my anak buah.......... Its 4!!!



So..... Aku rasa sekarang nie dah banyak sangat aku membebel.... so now I have to go now.... Emmm.... (Group aku tengah berbincang.... Aku pulak boleh update blog........ Haish..... Teruk betul aku nie..... Hahahahahahahaha!!!!!!!!!!)

HaVeAnIcEdAy!! SenyumSokmo dehhhh!!!!!

#SaYaSuKaOrAnGtErEnGgAnU.....

Assalamualaikum!!! (Tak jawab dosa... Jawab... Korang sayang saya!!!!)

Wednesday, 30 January 2013

SOMEONE LIKE YOU!

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Tak sampai beberapa jam, kita bertemu semula! Wuhuuuu... Nak share dengan my fans (haha!macam lah orang kenal dengan kau sangat! PHOYO jer... ahaksss) the characteristic of my "Mr. Right!"...

Check this out:
^
^
Inilah ciri-ciri yang aku cari! (bukan sama sebiji macam die...tapi sikit-sikit macam die)... Susah sangat nak faham... Meh sini aku specifickan... Ada dua kategori... Fizikal and dalaman...

FIZIKAL:
Tak hensem pon tak mengapa yang penting manis dipandang... :)
Mesti tinggi dari aku yang rendah ni...
Badan sasa... (sedap peluk...huhu)
Sweet smile... (macam yang dalam gambar nie...hihihi)
Ada janggut yang dijaga rapi...
Yang hitam manis pon okay...
Non-smoker!!!

DALAMAN:
Suka lelaki yang jaga solatnya.... :)
Pandai ambil and jaga hati aku and keluarga....
Taat dengan ibubapa....
Loves KIDS!!!
Mampu bimbing aku ke jalan Nya...
Lembut dan tegas....
Pandai buat lawak... (penting untuk aku kalau aku tengah sedih)
Suka berkongsi masalah....
Terima aku seadanya....
Setia...

That's it! Tu jer senarai nya... Hehehe... Tak kisahlah kalau aku tak dapat macam apa yang aku nak... Most important bagi aku, lelaki itu mestilah boleh bimbing aku menjadi lebih baik... Sebabnya aku hanyalah wanita akhir zaman yang sentiasa akan cuba untuk menjadi wanita solehah...(ewahhh...ayat xtahan na....) Well... Pandai buat lawak tu kredit... Kena ada sense of humor... Aku cepat tertarik dengan lelaki yang pandai buat lawak nie... Macam yang ada dalam gambar tu lah... Hahaha.... Well... Rasanya dah panjang sangat post aku nie... Thanks sebab sudi baca my entry... See you next time! Have a nice day! Smile sokmo deh!

Assalamualaikum!
(xjawab dosaa... jawab korang awesome!)

#sAyAsUkAoRaNgTeReNgGaNu! Cheers!

Tuesday, 29 January 2013

HEY! IT'S ME AGAIN...

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Wuuuhuuu.... Hye guys! It's been a long time since the last time we meet... So sorry! Kesibukan melanda diri! As a student... I've told you about my college... Did I?? Ahhakkss... Okay... Main point here... Actually, I really really damn really missed to writing again! I've got so many damn perfect idea to make my own novel! But I don't have so much time to write my story... :'(... uhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu........ I want to cry right now...

Honestly, aku sbenarnya tak berapa pandai nak manage my timetable... Pathetic ha? Yeah I know... I'm pathetic... Aku nak menulis macam dulu... Idea banyak gila... Tapi, waaaaaaaaaaaaaaaaa........ Somebody must help me through this.... You all pun tau kan... My soul is WRITING! I really miss to write.... Salah satu reason kenapa aku stop menulis (bukan STOP terus tau!) is because I don't have any practical to manage my precious time!

Why I'm saying that? It is because when I start to writing, my mind will forget about everything except the time for my solat and EAT! Yet, sometime I forget to eat.... (kalau time tu aku tengah cuti solatlah...hahaha)..... Sometimes, aku terfikir, bilalah aku nak mula menulis balik yer... Emmm... For now I need to stay my focus on my study,study and study... Because I'm not that person who can do two work at the same time.... Right guys?

If anybody who have been read my latest post, you can give me your tip how to manage time wisely... and doooo please comment on my english language! I appreciate all your comment.... Cheers! Have a nice day and smile sokmo!

#SaYaSuKaOrAnGtErEnGgAnU!

Assalamualaikum w.b.t............... :-)