DUA
Kid
berjalan betul-betul dibelakang Cikgu Elham. Mereka berdua sedang menuju ke
tempat yang dimaksudkan oleh Cikgu Elham. Langkah Cikgu Elham makin perlahan
dan kemudian berhenti menghadap Kid dibelakangnya.
“Sayang…
Saya nak awak pejam mata…” Kata Cikgu Elham drastic. Terlopong mulut Kid. Dia
tidak menyangka Cikgu Elham akan memanggilnya ‘sayang’.
“Opps! Sorry… Tak sengaja…” Cikgu Elham meminta maaf di atas kelancangan
mulutnya. Kid tersenyum kecil.
“Saya
tutup mata ya…” Kid membalas lalu memejam matanya rapat. Cikgu Elham bekata
lagi.
“Boleh
tak saya nak pegang tangan awak?”
“Kalau
cikgu tak pegang, macam mana saya nak jalan dengan mata tertutup ni?” Jawab Kid
dengan soalan.
“Okey…”
Cikgu Elham menarik tangan Kid lembut menuju
ke tempat yang mereka tuju itu. Sebaik sahaja sampai, Cikgu Elham
menyentuh lembut bahu Kid. Pada mulanya Kid tidak selesa namun lama-kelamaan
rasa itu hilang.
“Dalam
kiraan tiga… Awak buka mata ya…” Suara Cikgu Elham begitu dekat dengan telinga
kanannya. Hati Kid bergetar halus.
“Satu…”
“Dua…”
“Tiga!”
Kid mula membuka mata. Kid terpaku melihat apa yang ada dihadapannya. Sehelai
tikar dibentang di atas rumput di padang
bola itu. Ditengahnya terdapat sekaki lilin hiasan dan dua pinggan berisi
makanan.
“Apa
ni?” Tanya Kid bodoh.
“Surprise!” Jawab Cikgu Elham.
“Ya…
Tapi untuk apa?” Tanya Kid lagi.
“Happy birthday!” Jawab Cikgu Elham
riang. Kid ketawa kecil. Rupa-rupanya ulangtahun kelahirannya.
“Thanks! Mana cikgu tahu?” Tanya Kid lagi
sambil bersimpuh di tikar itu. Cikgu Elham juga duduk bersila di hadapan Kid.
“Saya
kan cikgu
awak…” Jawabnya ringkas. Kid tersengih manis. Mereka mula menjamu selera.
Beberapa minit kemudian Cikgu Elham bersuara.
“Ini
untuk awak…” Dia menghulurkan sebuah kotak yang dibalut kertas licin yang
cantik.
“For me?” Kid buat-buat bodoh.
“Ya…”
Jawab lelaki itu. Kemudian menyambung lagi.
“Tapi
jangan buka kat sini…” Kid
membatalkan niatnya untuk membuka hadiah itu.
“Takkan
saya nak bawa balik kelas besar-besar macam ni?” Kid bertanya. Berkerut dahi
licinnya.
“Saya
simpankan dulu… Dah habis waktu sekolah nanti saya pulangkan balik… Boleh?”
Cikgu Elham memberi cadangan.
“Good idea!” Kid tersenyum lagi. Mereka
menyambung selera semula.
..................................................................................................................................................................
JOE
menepuk bahu Isz yang sedang mengelamun di hadapan laptop Applenya.
“Woi!
Sakitlah…” Marah Isz. Joe ketawa geli hati. Isqandar menarik bantal busuknya
lalu membaling ke arah johan yang masih ketawa itu.
“Eee!!
Busuklah!” Jerit Johan sebaik sahaja bantal itu mendarat tepat di mukanya. Kali
ini giliran Isqandar pula yang tergelak besar. Wajah macho Johan berubah. Kemudian dia juga tergelak besar.
“Bosan
siot!!” Johan mengeluh sambil meraup
mukanya berulang-ulang kali. Isqandar angkat kening double jerk.
“So?” Tanya Isqandar. Dia mula menutup laptopnya dan bangun dari perbaringannya
menuju ke arah Johan Kim dan Roslee yang asyik menonton drama Melayu yang
sedang disiarkan di kaca televisyen.
“Jom
pi zoo!” Cadang Johan tiba-tiba. Tiga
pasang mata membulat memandang Johan yang sedang tersengih bak kerang busuk.
Tiba-tiba ketawa pecah.
“Oi!
Kau ni betul ke tak?” Kim memegang perutnya yang sakit menahan gelak. Roslee
sudah terguling-guling menahan gelak. Isqandar cuba untuk menenangkan kedua-dua
teman baiknya namun tidak berhasil semetelah dia juga masih ketawa
terbahak-bahak.
“Sudahlah
korang… Touching…” Johan menarik muncung sedepa seraya bangun meninggalkan
teman-temannya lalu menuju ke arah balkoni apartment
yang mereka dudukinya itu. Ketiga-tiga mereka yang ketawa tadi beransur lega
setelah melihat gelagat Johan yang emosi itu. Isqandar bangun mengikut jejak
langkah Johan.
“Rilekslah
bro…” Kata Isqandar. Johan dilihatnya
sedang merenung jauh ke bawah. Mereka berempat tinggal ditingkat 10 sebuah
apartment mewah yang terletak di Damansara.
“Yalah
itu!” Johan menarik muka masam. Isqandar memeluk bahu Johan.
Lelaki berdarah kacukan Jawa itu
diam.
“Aku
kenal kau sejak dari dalam perut mak kau lagi… Kita membesar sama-sama… Aku
kenal sangat kau ni bila kau marah, sedih, sakit hati dan everythinglah… Semuanya ada dalam kocek aku ni…” Isqandar berkata
panjang lebar. Johan tersengih kecil mendengarkan kata-kata Isqandar. Kemudian
mereka berdua berpeluk damai.
“Macam
tu lah…” Kim keluar bersama Roslee. Johan memeluk kedua-dua kawan baiknya itu.
Tiba-tiba ketawa pecah antara mereka berempat.
“Kalau
kau nak pergi zoo… Jomlah… Aku pun dah lama tak pergi…” Roslee bersetuju dengan
cadangan Johan. Kim dan Isqandar juga bersetuju. Mereka berempat bersiap-siap.