Friday, 9 December 2011

AKU TULANG RUSUKMU


DUA
            Kid berjalan betul-betul dibelakang Cikgu Elham. Mereka berdua sedang menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Cikgu Elham. Langkah Cikgu Elham makin perlahan dan kemudian berhenti menghadap Kid dibelakangnya.
            “Sayang… Saya nak awak pejam mata…” Kata Cikgu Elham drastic. Terlopong mulut Kid. Dia tidak menyangka Cikgu Elham akan memanggilnya ‘sayang’.
            “Opps! Sorry… Tak sengaja…” Cikgu Elham meminta maaf di atas kelancangan mulutnya. Kid tersenyum kecil.
            “Saya tutup mata ya…” Kid membalas lalu memejam matanya rapat. Cikgu Elham bekata lagi.
            “Boleh tak saya nak pegang tangan awak?”
            “Kalau cikgu tak pegang, macam mana saya nak jalan dengan mata tertutup ni?” Jawab Kid dengan soalan.
            “Okey…” Cikgu Elham menarik tangan Kid lembut menuju  ke tempat yang mereka tuju itu. Sebaik sahaja sampai, Cikgu Elham menyentuh lembut bahu Kid. Pada mulanya Kid tidak selesa namun lama-kelamaan rasa itu hilang.
            “Dalam kiraan tiga… Awak buka mata ya…” Suara Cikgu Elham begitu dekat dengan telinga kanannya. Hati Kid bergetar halus.
            “Satu…”
            “Dua…”
            “Tiga!” Kid mula membuka mata. Kid terpaku melihat apa yang ada dihadapannya. Sehelai tikar dibentang di atas rumput di padang bola itu. Ditengahnya terdapat sekaki lilin hiasan dan dua pinggan berisi makanan.
            “Apa ni?” Tanya Kid bodoh.
            “Surprise!” Jawab Cikgu Elham.
            “Ya… Tapi untuk apa?” Tanya Kid lagi.
            “Happy birthday!” Jawab Cikgu Elham riang. Kid ketawa kecil. Rupa-rupanya ulangtahun kelahirannya.
            “Thanks! Mana cikgu tahu?” Tanya Kid lagi sambil bersimpuh di tikar itu. Cikgu Elham juga duduk bersila di hadapan Kid.
            “Saya kan cikgu awak…” Jawabnya ringkas. Kid tersengih manis. Mereka mula menjamu selera. Beberapa minit kemudian Cikgu Elham bersuara.
            “Ini untuk awak…” Dia menghulurkan sebuah kotak yang dibalut kertas licin yang cantik.
            “For me?” Kid buat-buat bodoh.
            “Ya…” Jawab lelaki itu. Kemudian menyambung lagi.
            “Tapi jangan buka kat sini…” Kid membatalkan niatnya untuk membuka hadiah itu.
            “Takkan saya nak bawa balik kelas besar-besar macam ni?” Kid bertanya. Berkerut dahi licinnya.
            “Saya simpankan dulu… Dah habis waktu sekolah nanti saya pulangkan balik… Boleh?” Cikgu Elham memberi cadangan.
            “Good idea!” Kid tersenyum lagi. Mereka menyambung selera semula.
..................................................................................................................................................................
            JOE menepuk bahu Isz yang sedang mengelamun di hadapan laptop Applenya.
            “Woi! Sakitlah…” Marah Isz. Joe ketawa geli hati. Isqandar menarik bantal busuknya lalu membaling ke arah johan yang masih ketawa itu.
            “Eee!! Busuklah!” Jerit Johan sebaik sahaja bantal itu mendarat tepat di mukanya. Kali ini giliran Isqandar pula yang tergelak besar. Wajah macho Johan berubah. Kemudian dia juga tergelak besar.
            “Bosan siot!!” Johan mengeluh sambil meraup mukanya berulang-ulang kali. Isqandar angkat kening double jerk.
            “So?” Tanya Isqandar. Dia mula menutup laptopnya dan bangun dari perbaringannya menuju ke arah Johan Kim dan Roslee yang asyik menonton drama Melayu yang sedang disiarkan di kaca televisyen.
            “Jom pi zoo!” Cadang Johan tiba-tiba. Tiga pasang mata membulat memandang Johan yang sedang tersengih bak kerang busuk. Tiba-tiba ketawa pecah.
            “Oi! Kau ni betul ke tak?” Kim memegang perutnya yang sakit menahan gelak. Roslee sudah terguling-guling menahan gelak. Isqandar cuba untuk menenangkan kedua-dua teman baiknya namun tidak berhasil semetelah dia juga masih ketawa terbahak-bahak.
            “Sudahlah korangTouching…” Johan menarik muncung sedepa seraya bangun meninggalkan teman-temannya lalu menuju ke arah balkoni apartment yang mereka dudukinya itu. Ketiga-tiga mereka yang ketawa tadi beransur lega setelah melihat gelagat Johan yang emosi itu. Isqandar bangun mengikut jejak langkah Johan.
            “Rilekslah bro…” Kata Isqandar. Johan dilihatnya sedang merenung jauh ke bawah. Mereka berempat tinggal ditingkat 10 sebuah apartment mewah yang terletak di Damansara.
            “Yalah itu!” Johan menarik muka masam. Isqandar memeluk bahu Johan.
Lelaki berdarah kacukan Jawa itu diam.
            “Aku kenal kau sejak dari dalam perut mak kau lagi… Kita membesar sama-sama… Aku kenal sangat kau ni bila kau marah, sedih, sakit hati dan everythinglah… Semuanya ada dalam kocek aku ni…” Isqandar berkata panjang lebar. Johan tersengih kecil mendengarkan kata-kata Isqandar. Kemudian mereka berdua berpeluk damai.
            “Macam tu lah…” Kim keluar bersama Roslee. Johan memeluk kedua-dua kawan baiknya itu. Tiba-tiba ketawa pecah antara mereka berempat.
            “Kalau kau nak pergi zoo… Jomlah… Aku pun dah lama tak pergi…” Roslee bersetuju dengan cadangan Johan. Kim dan Isqandar juga bersetuju. Mereka berempat bersiap-siap.

No comments:

Post a Comment