TIGA
“Tak!
Kita tak boleh bersama, cikgu…” Kid bersuara setelah mendengar luahan guru
Bahasa Inggerisnya itu. Cikgu Elham terpaku mendengar jawapan kasar Kid.
Suasana petang itu agak sejuk dan berangin. Mereka berdua berada di sebuah
taman permainan berdekatan rumah Kid.
“Maafkan
saya… Saya tak ada niat nak…” Kata-kata Kid dipotong laju.
“Tapi
kenapa? Saya sayangkan awak…” Cikgu Elham menarik tangan Kid. Kid
membiarkannya.
“Itu
semua mainan perasaan, cikgu…” Kid bersuara lagi. Dia menyambung lagi.
“Lagi
pun saya masih belajar… Saya tak nak semua ni mengganggu saya… Saya harap cikgu
faham…” Cikgu Elham menghela nafas perlahan.
“Dari
awak tingkatan tiga sampai sekarang… Saya sukakan awak… Makin hari suka itu
bertukar sayang… Dan saya semakin sedar… Allah kurniakan saya rasa cinta yang
mendalam terhadap awak… Awak lain daripada yang lain… Awak istimewa dihati
saya…” Cikgu Elham memberitahu Kid perasaannya. Kid memejam matanya sambil
menarik lembut tangannya daripada genggaman Cikgu Elham.
“Cikgu… Cinta tak boleh dipaksa…
Cinta macam bunga… Hanya kembang jika cukup syaratnya… Sinar mentari, air… Tak
ada mana-mana makhluk Allah yang boleh buat bunga kembang tanpa izin yang Maha
Kuasa… Begitu juga dengan cinta… Tapi, kadang-kadang ia bukan kurnia… Tapi
dugaan untuk menguji jauh mana cinta cikgu pada manusia atau pada Dia yang Maha
Esa… Saya minta maaf cikgu… Saya sebagai anak murid cikgu akan doakan cikgu
dapat yang lebih baik dari saya… Cikgu jangan lupa mohon petunjuk dari Allah…
Adakah cinta cikgu ni memang dari Allah atau sekadar bisikan nafsu untuk buat
cikgu leka…” Kid berkata panjang lebar seraya bangun meninggalkan Cikgu Elham jauh
di belakangnya.
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
QALESYA
berjalan perlahan di belakang kawan-kawannya yang kelihtan agak teruja melihat
gelagat binatang-binatang liar yang terdapat di Zoo Negara itu. Qalesya
tersenyum melihat gelagat mereka.
Dia berhenti di
tepi kandang harimau dan dia merenung
kucing besar yang sedang duduk berehat itu.
‘Kenyang
agaknya tu…’ Qalesya bermonolog sendiri. Dia tersenyum lagi.
“Awak
ni memang suka tersenyum sorang-sorang eh...” Tiba-tiba seorang lelaki
menegurnya di sebelah. Qalesya kaget. Dia memandang lelaki itu.
“Encik
Ian…” Isqandar tersenyum memandang Qalesya.
“Just Isz…” Kata Isqandar.
“Well… You’re my boss… So I should
respect you…” Qalesya menjawab. Isqandar tersenyum lagi memandang
pekerjanya itu.
“Up to you…” Isqandar malas mahu berdebat
dengan gadis kecil molek itu. Dia tahu dia pasti kalah kalau berdebat
dengannya. Isqandar memandang ke arah kawan-kawannya yang berada di kawasan
kawanan burung bersama-sama kawan-kawan Qalesya.
“So… Dah decide ke belum?” Isqandar bertanya. Dahi Qalesya berkerut.
“Decide apa?” Tanya Qalesya hairan.
Isqandar menarik nafas pendek.
“Company kita akan ada buat family day… You pergi tak?” Jawab Isqandar perlahan.
“Ooh…
Program tu… Em… Pergi kut… Dengan kawan-kawan perhaps…” Qalesya menjawab seraya berjalan ke arah kawan-kawannya.
Isqandar berjalan di sebelahnya.
“Your mom?” Tanyanya lagi. Qalesya
tersenyum lagi melihat kawan-kawannya.
“My mama ada kat kampung… Dia tak sihat sangat…” Jawab Qalesya. Isqandar
mengangguk perlahan.
“Okaylah Encik Ian… Saya gerak dulu…
Assalamualaikum…” Ucap Qalesya seraya berjalan perlahan meninggalkan Isqandar.
“Waalaikumussalam…” Jawab Isqandar perlahan.
“Waalaikumussalam…” Jawab Isqandar perlahan.
No comments:
Post a Comment