Saturday, 10 December 2011

AKU TULANG RUSUKMU


EMPAT

DUA HARI SEBELUMNYA…

            “Minta perhatian semua!” Suara Isqandar memecah perhatian semua pekerja anak syarikat Jaya Holdings itu. Qalesya berdiri di belakangnya keran baru keluar dari pantri.
            “Next week, Dato’ nak buat family day untuk kita semua… So, siapa-siapa nak pergi… You all just bayar untuk penginapan because, family day tu akan diadakan selama lima hari…” Isqandar bersuara lagi sambil memandang wajah-wajah pekerjanya. Dia tidak perasan akan Qalesya yang mendengar di belakangnya.
            “Bayarannya berapa Encik Ian?” Tanya salah seorang yang ada di situ.
            “Tak mahal mana… Cuma RM 500 untuk satu bilik selama lima hari…” Jawab Isqandar dan dia menyambung lagi.
            “Bayar pada setiausaha saya okey…” Kemudian dia melangkah pergi masuk ke biliknya. Qalesya berjalan ke mejanya dan meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
..................................................................................................................................................................

            “AKU dengar Cikgu Elham dah pindah…”
            “Tomboi tu punya kerja…”
            “Ya ke?” Suara-suara itu masih kedengaran sejak perginya Cikgu Elham. Kadangkala telinga Kid panas mendengarnya.
            “Kau okey ke?” Tanya Qamalia. Kid dipandangnya senyap membisu dari tadi.
            “Bukan salah aku cikgu gatal tu blah!” Kid membentak. Qamalia diam mendengar luahan teman baiknya itu.
            “Qama… Aku geramlah… Sakitnya hati aku…” Kid membaling geram teddy bear yang diberi oleh Cikgu Elham sewaktu ulang tahun kelahirannya tempoh hari.
            “Kid… Kau kena sabar Tu semua dugaan untuk kau… Okey…” Qamalia menenangkan sahabat baiknya itu. Kid diam lagi. Tanpa disedarinya, air matanya mengalih perlahan.
            “Qama… Apa salah aku?” Kid bertanya lagi. Suaranya kedengaran serak.
            “Kau tak salah apa-apa pun Sya…” Qamalia memeluk Kid yang sudah mula tersedu-sedu menahan tangis.
            “A… Aku… Jadi macam ni, sebab nak mengelak benda ni semua… Aku tak suka bila semua ni jadi…” Kid bersuara dalam pelukan Qamalia.
            “Dahlah Kid… Jangan fikirkan tu semua…” Qamalia berkata lagi.
            “Tak lama lagi kita nak examSo… Tenang okey…”Pujuk Qamalia lagi. Tangisan Kid mula reda mendengarkan pujukan Qamalia.
            “Kau memang kawan aku dunia akhirat…” Kid memicit hidung Qamalia. Tawa antara mereka pecah. Indah sungguh suasana itu.

No comments:

Post a Comment