Tuesday, 16 October 2012

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Assalamualaikum semua...

Lama sungguh aku tak update blog aku ni... Rindu nak menaip... Hehe... Hari entry pasal aku punya kolej... (maksudnya tempat aku belajar... bukan aku punya pun...) Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak... Korang semua mesti tak pernah dengar pasal kolej ni kan??? Sebabnya kolej ni masih baru lagi ditubuhkan... Tak silap aku tahun... 2009... (not so sure lah... hahaha)

Kolej ni menawarkan hanya satu bidang je... (nak tahu x???) Jeng jeng jeng... Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak... So semua yang belajar kat sini ambil bidang yang sama... Masa aku mula-mula nak masuk sini, ramai yang menentang... Sebabnya kolej ni ramai yang tak tahu... Tak pernah dengar... Bidang yang ditawarkan pun macam biasa... (siap ada orang cakap lagi, "eleh... belajar jadi cikgu tadika je kot... tu pun nak heboh...") Rasanya masa tu aku nak tumbuk je orang yang cakap macam tu...

Pemikiran orang melayu kita ni sebenarnya masih ditakuk lama...(maaf kepada semua yang terasa...) Tapi inilah hakikat yang terpaksa aku hadapi bila ramai sangat manusia yang membantah aku masuk sini... Suka hati akulah... Yang lain tu kalau menyokong kan elok... Ni tak... Membantah keras-kerasan sebab kolej ni KOLEJ SWASTA!!! Apa... Ingat belajar kat swasta ni teruk sangat ker??? Dari mereka semua yang tiada langsung niat nak sambung belajar... Kan???

Kolej ni menawarkan 32 subjek untuk 6 semester... Semuanya mengenai kanak-kanak... Pada mulanya korang semua akan rasa yang subjek mengenai kanak-kanak ni mudah... Cuba masuk and alaminya sendiri... Baru korang tahu yang sebenarnya kanak-kanak ni lagi komplek dari orang dewasa!!!

Aku baru je sem pertama... Tapi assignment yang diberi memang menguji kesabaran dan pemikiran... Baru aku tahu yang nak menjaga kanak-kanak ni susah... Kalau tiada ilmu... Susah kita nak memahami perasaan kanak-kanak tu...

Banyak sangat rasanya aku 'berceloteh' kat sini... Maaflah kepada semua readers sebab kena baca panjang2 aku punya entry kali ni... Huhuhu... (Maafkan saya...) Sampai sini dulu...

Assalamualaikum...

Wednesday, 12 September 2012

AUTISTIC @ DISORDER OF NEURAL DEVELOPMENT

Assalamualaikum!!!

Hari ni rasanya nak kongsi sesuatulah... Tiba-tiba aku mula timbul minat nak ambil tahu pasal benda ni... Penyakit yang memang boleh dirawat malangnya tak dapat DIPULIHKAN! Penyakit ni akan kekal sampai ke mati... Sebenarnya mula timbul minat pasal penyakit lepas aku tengok cerita MY NAME IS KHAN...

Aku mula tertarik pasal penyakit ni... And malam tadi aku bermimpi pasal benda ni! Pelik kan? Aku pun tak tahu macam mana aku boleh mimpi pasal benda tu... Ilham dari ALLAH kot... Wallahualam...

Back to main topic...

Autistik atau lebih saintifiknya ialah DISORDER OF NEURAL DEVELOPMENT (kecacatan perkembangan otak). Penyakit ni melibatkan fungsi otak & dianggap sebagai penyakit neurologi. Penyakit ni biasanya dihidapi atau mula dikesan pada peringkat umur seawal 3 tahun dan ke atas. Penyakit ini juga biasanya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki... Jarang pada kanak-kanak perempuan...

Ciri-ciri penyakit autistik:
Ciri-ciri yang aku jumpa selepas buat research tadi, banyak yang sama... Tapi berbeza dari segi kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh kanak-kanak istimewa ni... (faham ke tak ni?) Maksudnya... Kanak-kanak yang menghidapi penyakit ni mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri... Macam manusia normal juga... Faham???

Ciri-cirinya ialah;

  • BENCI PADA PERUBAHAN
     -kanak-kanak autistik ni tak sukakan kelainan
  • TALKS OVER AND OVER ABOUT THE SAME THINGS
     -suka ulang2 cakap benda yang sama
  • DOESN'T PLAY WITH OTHERS
     -tak tahu bagaimana nak bersosial dengan orang lain
  • SHOWS NEEDS BY USING AN ADULT'S HAND
     -mereka ni kalau nak apa2, akan guna tangan orang dewasa untuk tunjuk benda yang mereka nak... takut nak guna tangan sendiri...
  • ENJOYS SPINNING THINGS
     -
    suka memutar objek tanpa sebab!
  • JOINS GROUP ONLY IF ADULT INSIST OR ASSIST
     -tak akan bergaul melainkan dipaksa @ disuruh
  • ONE SIDE CONVERSE
     -suka cakap sorang-sorang
  • REPEATS THINGS
     -suka mengulang2 sesuatu perbuatan
  • DOES THING LIKE FLAPPING HAND
     
    -suka mengibas-ngibas tangan
  • NO PRETEND PLAY
     
    -very seriously danger!! Tiada istilah main olok-olok pada mereka
  • NO EYE CONTACT
     
    -kalau bercakap seolah-olah pandang tempat lain
  • LAUGH OR GIGGLES INAPPROPRIATELY
     -ketawa berdekah-dekah tanpa sebab
  • TAK SUKA DISENTUH ATAU DIPELUK
     -akan mengamuk dan bertindak agresif
  • TAK SUKA PERSEKITARAN YANG BISING
     -
    mereka terasa diancam
Sebenarnya ada banyak lagi simptom-simptomnya, tapi yang aku nyatakan kat sini yang common... Well bila dah tau pasal benda ni, aku rasa bersyukur sangat sebab kita ni manusia yang beruntung... ALLAH tak jadikan aku kanak-kanak asperger... (sama jer maksudnya)... Alhamdulillah...

So seharusnya korang pon kenalah bersyukur... Kanak-kanak istimewa ni sebenarnya ujian dari ALLAH untuk mereka yang menerimanya... ALLAH nak uji kita bagaimana kita nak tangani ujian ni... Aku rasa, pada ibu bapa yang ada anak-anak istimewa ni kenalah sentiasa bersabar melayani anak-anak istimewa ni...

Well, sampai sini dulu... Aku harap korang yang singgah kat blog aku ni dapat manfaatnya sama macam aku yang bertambah ilmunya... Insya-ALLAH... (ALLAH sayang akan hambanya yang berkongsi ilmu!) Sampai kita jumpa lagi!!

Assalamualaikum...

Sunday, 9 September 2012

LONG TIME NO SEE.....

Assalamualaikum... Hai bloggers...

Ya ALLAH... Dah lama betul aku tak update blog kesayangan aku ni... Huhu... Maaflah... Kesibukan melanda diri... Haha... Mcam-macam benda jadi... Atuk yang aku sayang dah pergi buat selama-lamanya... Hmmm... Kadang-kadang rasa macam tak percaya jer yang atuk dah tak ada (sebelah mama)... Well, tak apa lah...Yang penting sekarang nie aku dah nak sambung belajar!!!! Macam-macam perasaan aku... Takut ada, excited ada... Haha...

Tak lama lagi aku akan bergelar student!!! Dah lama aku menantikan saat tu... Korang semua doakan yang terbaik untuk aku yer... Thanks... Sayang korang semua...

Wednesday, 20 June 2012

AKU TULANG RUSUKMU


ENAM BELAS

MAJLIS PERNIKAHAN QALESYA & ELHAM

Qalesya tersenyum memandang dirinya dalam pakaian pengantinnya. Rona hijau pucuk pisang memang sesuai dengan warna kulitnya yang putih gebu.
Mak andam Esah masuk sambil membawa beg make-upnya. Dia memandang Qalesya.
“Amboi! Cantiknya… Tak payah make-uplah… Dah cantik dah…” Puji Mak Esah.
“Mana ada… Pucatlah Mak Esah…” Qalesya malu-malu kucing.
“Kamu dah ambil wuduk belum?” Soalan itu ditanyakan ketika Qalesya sedang memakai anak tudung.
“Dah Mak Esah…” Jawab Qalesya. Mak Esah tersenyum memandang gelagat Qalesya.
“Dah siap belum? Mak Esah nak mula dah ni…” Suara Mak Esah tiba-tiba membuat Qalesya kecut perut.
“Takutlah Mak Esah…” Qalesya bersuara. Mak Esah tersenyum lagi.
“Biasalah tu… Semua perempuan yang nak kahwin mestilah takut… Hish! Kamu ni…” Jawab Mak Esah tenang dan mula menyapu bedak asas ke muka Qalesya.
.................................................................................................................................................
KETIKA orang ramai mula memenuhi khemah makan tetamu, rombongan pengantin lelaki sampai dengan membawa sebelas dulang hantaran berbalas tiga belas. Pihak perempuan meminta wang hantaran sebanyak RM 10,000.
Tiba-tiba Blackberry Qalesya berlagu riang. Dia memandang skrin handphonenya itu. Nombor yang tertera adalah nombor yang tidak dikenalinya. Memang pantang Qalesya kalau ada nombor yang tidak bernama tidak akan diangkatnya. Namun hatinya kuat menyuruh mindanya untuk menjawab panggilan itu. Akhirnya dia menjawab panggilan itu.
“Helo?” Suara Qalesya perlahan. Dia keseorangan ketika itu.
“Tahniah!” Jawab suara itu. Qalesya terpana. Wajahnya tiba-tiba pucat. Suara itu amat dikenalinya. Sangat di kenalinya.
“Aku rindukan kau… Kalau kau…” Tiba-tiba panggilan itu terputus.
“Helo? Helo?!” Qalesya memandang skrin itu. Ternyata si pemanggil sudah menamatkan panggilannya. Badannya menggeletar ketakutan. Dia berlari menuju ke tingkap bilik dan matanya mula melilau mencari lelaki itu kalau-kalau lelaki itu ada di luar rumahnya.
Qalesya memerah ingatannya untuk mengingat kembali wajah lelaki itu, namun kepalanya kembali berdenyut sakit. Dia kesakitan. Tiba-tiba dia menjerit. Puan Zaleha yang kebetulan ingin masuk ke dalam bilik pengantin anaknya itu terkejut mendengar jeritan anaknya itu.
“Sayang! Kenapa ni nak?” Tanya Puan Zaleha sambil memeluk kepala Qalesya dengan tujuan untuk menenangkan Qalesya.
“Mama! Dia datang ma… Dia datang!” Qalesya menunjuk-nunjuk arah luar biliknya sambil menangis tersedu-sedu. Puan Zaleha memandang arah telunjuk Qalesya itu namun tiada siapa yang tidak dikenali di situ melainkan abang-abang dan kenalan Qalesya. Encik Zahirul bergegas masuk apabila diberitahu tentang keadaan anaknya itu.
“Tak ada sayang… Tak ada… Kid dah makan ubat belum?” Puan Zaleha menafikan apa yang dilihat oleh Qalesya. Wajah Qalesya pucat. Mamanya meminta Qalesya mengucap dan bertenang. Qalesya mula tenang namun wajahnya menjadi tidak keruan.
“Panggil Mak Esah…” Suruh Puan Zaleha. Beberapa minit kemudian Mak Esah datang sambil membawa alatan soleknya. Selendang yang dipakai oleh Qalesya di tanggalkan lalu Mak Esah meminta Qalesya untuk membasuh muka agar sisa-sisa air matanya dibersihkan.
Setelah itu wajah Qalesya disolek semula walaupun wajahnya sudah hilang keseriannya.
.................................................................................................................................................
ELHAM menggigit bibir memandang Qalesya yang duduk di birai katil pengantin. Wanita itu hanya termenung seolah-olah tidak mengingati bahawa sudah lebih enam jam mereka diijabkabulkan
“Sayang?” Elham memanggil. Namun tiada respon yang diterima. Qalesya membatu dan membisu. Elham melangkah keluar dari bilik tidur itu dan menuju ke dapur. Kelihatan mertuanya ada di situ sedang makan.
“Elham… Kenapa nak?” Tanya Puan Zaleha yang hairan melihat menantunya keluar waktu sebegitu. Sepatutnya ketika ini, mereka suami isteri sedang menikmati malam perkahwinan. Namun Elham tidak.
“Entahlah ma… Elham tak tahu kenapa Esya senyap je dari tadi… Masa Elham sarungkan cincin tadi… Esya macam ketakutan… Tangannya sejuk…” Elham meluahkan perasaannya yang terbuku dari tadi.
Puan Zaleha memandang suaminya. Serentak mereka berdua menghembus nafas perlahan. Mereka menyuruh Elham duduk.
“Mama nak bagi tahu kamu sesuatu yang kamu tak tahu mengenai Esya…” Kata-kata Puan Zaleha mula kedengaran.

Sunday, 6 May 2012

AKU TULANG RUSUKMU


LIMA BELAS

NEGERI SEMBILAN

            “Nampaknya kedua-dua belah pihak dah setuju… Majlis pertunangan Esya dengan Elham akan diadakan pada hujung bulan ni…” Encik Zahirul memberi kata putus.
            “Dan Insya-Allah… Tiga bulan lagi kita nikahkan anak-anak kita ni…” Puan Zaleha menyambung sambil memandang Elham yang kelihatan malu-malu kucing itu. Semua yang ada di situ ketawa kecil dengan kata-kata Puan Zaleha.
            Qalesya yang ada di dalam bilik bersama kawan-kawannya berasa cukup gembira mendengarkan keputusan kedua-dua ibu bapanya. Doanya selama ini telah termakbul. Lelaki yang dia cintai kembali dalam hidupnya.
            Elham muncul setelah sekian lama menghilangkan diri. Tujuh tahun Qalesya menantikan Elham dan akhirnya dia muncul kembali. Dan dalam masa tiga bulan lagi, Qalesya akan bergelar isteri Elham.
..................................................................................................................................................................
            BLACKBERRY milik Qalesya bergetar menandakan ada mesej masuk. Qalesya mencapainya. Dia membaca mesej yang masuk itu.
‘Aii shite ru sayang!’
Begitulah mesej yang tertera di skrin Blackberry hadiah pertunangannya. Tiba-tiba, telefon itu bergetar lagi.
‘Tak sabarlah sayang!’
            Mesej kedua itu berbunyi. Qalesya tersenyum memandang kata-kata yang tertera itu. Qalesya menggigit ibu jari kanannya sambil tangan kirinya membelek-belek telefonnya. Qalesya tersenyum lagi.
            Tiba-tiba wajah Isqandar muncul di hadapan matanya. Qalesya hairan.
            ‘Apasal muka dia yang keluar? Kenapa bukan Elham?’ Bisik hati kecil Qalesya. Wanita itu mula bangun menuju ke arah balkoni apartmentnya. Angin malam meniup lembut wajah bujur sirihnya.
            Kenangan pahit itu muncul lagi. Senyuma sinis dan wangian yang dipakai oleh lelaki itu mula menghantui dirinya semula. Automatik badan Qalesya menggigil seolah-olah lelaki itu ada di hadapannya. Qalesya menjerit ketakutan tiba-tiba. Ariana yang kebetulan ada dirumah meluru laju mendapatkan Qalesya.
            Ariana memeluk Qalesya yang sudah terperosok di penjuru biliknya. Qalesya masih lagi menjerit namun semakin lama semakin perlahan. Air mata Qalesya mengalir laju. Dia memeluk Ariana.
            “Syhh… Dah Esya… Cukup sayang… Jangan nangis lagi…” Ariana memujuk Qalesya yang tersedu-sedu dalam pelukannya.
            “Aku takut Ari… Aku takut…” Qalesya memeluk erat Ariana. Rambutnya agak kusut. Ariana menepuk-nepuk perlahan belakang Qalesya sambil meminta Qalesya mengucap. Qalesya memejam mata sambil beristighfar. Degupan jantungnya sydah kembali normal.
            “Kau lupakan lelaki tu kay… Dia tu orang yang hamper nak musnahkan hidup kau… Kau kan dah nak kah…”
            “Tapi kenapa bayangan dia tak pernah hilang?” Qalesya memotong laju percakapan Ariana. Qalesya yakin yang dia akan menemui lelaki itu semula walaupun kata-kata Ariana ada benarnya.
            “Qalesya! Kau kena ingat… Kau dah nak kahwin… Lupakan lelaki tu!” Ariana memegang kejap bahu Qalesya sambil meluahkan perasaannya. Qalesya terkedu. Teman yang selama ini cukup sabar dengan karenahnya melenting pada hari itu. Air mata Qalesya mengalir perlahan. Dia menundukkan wajahnya.
            Ariana serba salah kerana telah melenting kepada Qalesya. Dia kemudiannya memeluk Qalesya erat.
            “Aku bukan apa… Aku tak nak benda-benda ni akan mengganggu hubungan kau dengan Elham… Aku nak tengok kau bahagia… Tolonglah Esya… Sedarlah… Lelaki tu datang hanya nak musnahkan hidup kau je… Tak lebih dari tu…” Panjang lebar Ariana berhujah mengenai perasaannya.
            “Aku nak tengok kau tersenyum semula… Bukan bersedih…” Ucap Ariana lagi
            ‘Aku tak nak kau sedih macam Isqandar…’ Hati Ariana berbisik pula.
            “Tapi… Aku…” Qalesya tersedu-sedu ketika bersuara.
            “Enough is enough Esya…” Ariana menegah lagi. Dia terus bangun dan meninggalkan Qalesya sendirian di biliknya.
..................................................................................................................................................................
            “APA yang aku dah buat ni? Kenapa aku nak seksa dia lagi?” Lelaki itu mengomel sendirian sambil mundar-mandir dalam bilik pangsapurinya. Lelaki itu meraup wajahnya sambil menghempas nafar kasar. Dia jadi tak senang duduk dengan tindakan bodohnya itu. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk orang. Dia terkaget sebentar.
            “Apasal lambat sangat buka pintu ni?!” Tengking seorang wanita setelah lebih sepuluh minit dia menanti di luar rumah. Berkerut dahi lelaki itu memandang wanita di hadapannya.
            “You nak apa lagi? Boleh tak you jangan kacau I lagi… I dah bosan…” Lelaki itu bersuara perlahan.
            “I datang nak tanya khabar you… Tak boleh ke?” Wanita itu terus memeluk leher lelaki itu. Lelaki itu rimas dengan pelukan itu. Dia ingin melepaskan dirinya dari pelukan itu.
            “Dahlah Di… I tak sukalah…” Lelaki itu bersuara.
            “You ni kenapa? Sejak bila you dah pandai tolak-tolak I ni? You ingat sikit… You masih ada hutang dengan I...” Wanita itu memarahi lelaki itu.
            “I ada kerja untuk you… Yang ni last… Lepas tu I tak kacau you lagi… Boleh?” Sambung wanita itu lagi.
Lelaki itu memandang wanita tersebut dengan pandangan tajam. Dia bangun dan berhadapan dengan wanita yang sudah menghancurkan hidupnya.
“Kau memang perempuan tak gun akan?!” Lelaki itu menengking. Matanya mencerlung wajah cantik wanita itu.
“Hei kau dengar sini! Kalau tak kerana aku… Abang kau dah lama mampus… Kau tahu tak? Kalau tak kerana aku juga… Kau dah lama tak ada kat dunia ni… Kau sedar tak?!” Wanita itu menengking.
Lelaki itu tunduk memandang kakinya sambil memicit-micit dahinya. Kepalanya berdenyut-denyut secara tiba-tiba.
“Aku akan telefon kau… Nanti aku bagi tahu apa yang perlu kau buat…” Wanita itu terus berlalu meninggalkan lelaki itu.
Lelaki itu meraup wajahnya untuk kesekian kalinya.

Sunday, 29 April 2012

SEDIHNYA...

Assalamualaikum Readers yang dikasihi semua...

Hari ni aku rasa nak meluahkan sesuatu yang sedih tetapi sejujurnya aku tak tahu apa yang membuatkan hati aku beras terlalu sedih... Sepanjang malam semalam aku menangis memikirkan apa sebenarnya yang aku rasakan... Tapi aku tak jumpa jawapannya... (padahnya pagi tadi aku bangun kepala aku berdenyut-denyut bagai nak meletup!!)

YA ALLAH!! Apa sebenarnya yang jadi kat aku ni??? Rasa sedih yang aku sendiri tak faham... Apa yang KAU nak tunjukkan pada aku sebenarnya YA ALLAH!! Aku tak sanggup nak rasa sedih ni lagi... Tadi lepas solat Asar... Aku berdoa... Aku merayu pada ALLAH... Aku mengaku yang aku desperate sangat nak tahu siapa JODOH aku yang sebenarnya!! Aku menangis nak tahu siapa orang yang ALLAH dah tentukan untuk aku???

Sekali lagi air mata aku menitis... Aku sebenrnya cemburu melihat pasangan2 yang bercinta ni... Aku teringin juga rasa DICINTAI, DISAYANGI, DIMILIKI... Mungkin ni semua perasaan aku... Tapi sampai bila aku nak tunggu...

Aku nak tanya pada semua readers... Salah ke kalau kita MEMINATI @ MENYUKAI SESUATU YANG TAK PASTI??? Memang aku bangga bila aku belum lagi merasai ALAM BERCINTA... Sebabnya ALLAH sayangkan aku... Tapi aku hanya gadis biasa yang memerlukan tu semua... Aku tak pasti adakah aku layak untuk mendapatkan tu semua...

Malam tadi, lepas je habis cerita MENCINTAIMU (TV3), aku termenung panjang... Orang cakap CINTA itu TAK MENGENAL USIA... Tapi bagi aku CINTA MENGENAL PARAS RUPA!!! YA ALLAH!! Apa nak jadi dengan aku ni???

Fitrah seorang WANITA diciptakan untuk LELAKI... Aku???


MENCINTAIMU...
SEUMUR HIDUPKU...
SELAMANYA...
SETIA MENANTI...
WALAU DIHATI SAHAJA...
SELURUH HIDUPKU...
SELAMANYA...
KAU TETAP MILIKKU...

AKU TULANG RUSUKMU


EMPAT BELAS

SETAHUN KEMUDIAN

            “Saya nak awak tunggu… Saya belum bersedia nak jadi apa yang awak nak… Kalau awak tak boleh tunggu… Saya nak awak cari orang lain… Dan saya harap awak faham… Maafkan saya…” Kata-kata Qalesya masih lagi terngiang-ngiang dibenaknya. Isqandar pasrah. Walaupun sudah hampir setahun peristiwa itu berlalu namun Isqandar masih tidak dapat melupakannya. Wanita itu masih belum dapat menerimanya.
            Isqandar agak kecewa dan terkilan namun dia menguatkan hatinya agar tidak goyah. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri. Dia dan Qalesya kini berkawan rapat namun tidak melebihi hubungan diantara seorang bos dengan pekerjanya. Isqandar menyandarkan tubuhnya disebuah tembok kecil di hadapan rumahnya sambil memerhatikan anak-anak buahnya yang sedang mandi dikolam renang.
            “Pak Lang! Jomlah mandi sekali!” Jerit Tengku Naim sambil melambai-lambaikan tangan comelnya ke arah Isqandar. Isqandar tersenyum melihat telatah anak kakaknya yang berusia lapan tahun itu.
            Kakaknya, Tengku Najihah berkahwin dengan pilihan umminya, Tengku Badariah. Suami merangkap menantu sulung keluarga itu, Tengku Rejab, seorang ahli perniagaan yang berjaya. Manakala abangnya yang kedua, Tengku Ismail mengahwini gadis pilihannya sendiri yang bernama Siti Zulaikha. Seorang wanita yang lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serba sederhana. Masing-masing dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Tengku Naim dan Tengku Hakimi.
            “Pak Lang nak rehatlah Naim…” Jawab Isqandar. Anak buahnya mengangguk mengerti. Dia dan Tengku Hakimi meneruskan mandian. Tiba-tiba walidnya, Tengku Farid tiba lalu duduk dikerusi yang terletak betul-betul di hadapan Isqandar.
            “Walid…” Tegur Isqandar lalu bangun dan duduk dekat dengan Tengku Farid. Tengku Farid dilihat sedang membaca sebuah kitab terjemahan Al-Quran. Tengku Farid memberhentikan bacaannya lalu menutupnya perlahan. Tengku Farid menoleh ke arah Isqandar yang termenung jauh.
            “Anak walid ni kenapa? Dari dalam rumah tadi sampai walid duduk sini… Walid tengok kamu macam ada masalah je…” Tengku Farid memandang Isqandar.
            “Entahlah walid… Isz rasa… Entahlah…” Jawab Isqandar perlahan. Tengku Farid hairan mendengarkan jawapan Isqandar. Tengku Farid memandang cucu-cucunya yang leka bermain dalam air.
            “Naim! Kimi! Cukup-cukuplah mandi tu… Masuk dalam… Lepas tu suruh nenek sediakan minum petang…” Tengku Farid separuh melaung.
            “Baik aki!” Sahut mereka berdua serentak. Mereka masuk ke dalam rumah ikut pintu belakang. Tengku Farid memandang Isqandar semula lalu bertanya.
            “Anak walid ni bila nak kahwin? Walid rasa kamu ni perlukan teman hidup…” Tengku Farid tersenyum lalu menanggalkan cermin mata yang dipakainya.
            “Isz belum jumpa calon yang sesuai lagilah walid… Susah nak cari…” Jawab Isqandar lagi. Masing-masing senyap seketika.
            Tiba-tiba Tengku Badariah keluar dengan membawa sebuah dulang yang berisi seteko air teh dan sepiring kuih-muih untuk minum petang hari itu.
            “Apalah anak-beranak ni bincangkan berdua kat luar ni ha?” Tegurnya. Isqandar bangun lalu memeluk ummi kesayangannya. Isqandar kembali duduk. Tengku Badariah meletakkan dulang yang dibawa di atas meja seramik buatan China itu. Tengku Badariah mengambil tempat disebelah suaminya.
            “Qalesya?” Tanya Tengku Farid. Tengku Badariah hanya mendengar.
            “Entahlah walid… Dia menolak… Takkan Isz nak paksa… Dia suruh Isz tunggu… So… Isz tunggulah…” Jawab Isqandar. Tengku Farid mengerling wajah gebu isterinya.
            “Nadia?” Tengku Badariah bersuara. Isqandar memandang umminya penuh kasih. Isqandar menggeleng.
            “Kenapa? Dia pun okey… Ummi rasa kamu pun boleh ubah dia…” Terang Tengku Badariah lagi.
            “Hati Isz tak ada pada dia ummi… Isz tak boleh nak terima dia…” Balas Isqandar.
            “Baguslah tu… Walid pun tak gemar kamu berkawan dengan dia… Dari dulu lagi walid tak berkenan…” Ucap Tengku Farid sambil menghirup teh yang disediakan.
            “Ai… Macam menyindir je…” Kata Tengku Badariah memandang suaminya.
            “Yang awak nak terasa kenapa?” Tanya Tengku Farid.
            “Saya yang pilih Nadia tu untuk anak awak ni…” Balas Tengku Badariah. Isqandar memandang umminya yang merajuk itu.
            “Abang tak salahkan awak pun… Cuma perasaan abang ni dari dulu tak suka dengan dia… Nak buat macam mana? Abang terima jelah bila awak nak jodohkan dia dengan Isz… Abang tak larang pun…” Kata Tengku Farid lagi.
            “Yalah…” Tengku Badariah menjawab pendek. Dia terasa hati dengan suaminya. Isqandar menyentuh tangan umminya lembut.
            “Dahlah ummi… Janganlah merajuk lagi… Isz memang tak ada jodoh dengan dia… Nak buat macam mana kan?” Pujuk Isqandar sambil tersenyum ke arah walidnya.
            “Tak payahlah awak nak merajuk dengan saya lagi… Dah tak comel dah muka awak tu…” Ucap Tengku Farid sambil memandang isterinya dengan penuh kasih.
            “Emm…” Itu sahaja jawapan Tengku Badariah. Suaminya menyentuh jar-jemari mulus Tengku Badariah.
            “Maafkan abang ya sayang…” Ucap Tengku Farid lembut sambil mengusap-usap jari-jemari isterinya.
            “Emm… Yalah…” Balas Tengku Badariah sambil tersenyum manis. Mereka berdua bergurau senda. Isqandar memandang kedua orang tuanya yang mesra itu. Itu yang dia mahukan. Hubungan suami isteri yang mesra dan damai.
            Azan Maghrib berkumandang dari sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari vila mereka yang terletak di Bangsar. Ketiga beranak mula berangkat masuk ke dalam rumah.
..................................................................................................................................................................
            “ASSALAMUALAIKUM…” Sapa seorang lelaki kepada Qalesya. Dia yang sedang leka menghadap skrin komputer ribanya terkedu mendengar ucapan salam itu. Qalesya mengangkat muka memandang suara yang memanggilnya.
            “Waalaikumussalam…” Jawab Qalesya seraya berdiri menghadap lelaki badan sasa itu. Qalesya terlopong memandang lelaki itu.
            “Kid?” Lelaki itu tahu nama panggilannya.
            ‘Dia!’ Qalesya menutup matanya seketika sambil menarik nafas panjang dan kemudian membuka matanya semula. Qalesya merasakan dia masih bermimpi. Lelaki itu masih di hadapannya dengan senyuman yang sangat dirinduinya.
            “Elham?” Suara Qalesya mula keluar namun perlahan. Lelaki itu mengangguk kecil. Automatik tangan Qalesya memeluk lelaki yang amat dia cintai itu. Elham termangu seketika namun kemudian dia membalas pelukan bekas pelajarnya itu.
            Semua staff anak syarikat Jaya Holdings tercengang melihat kelakuan Qalesya. Lama mereka berdua berpelukan. Air mata Qalesya mengalir laju membasahi baju yang dipakai oleh Elham. Qalesya bersuara perlahan.
            “Mana awak pergi selama ni? Kenapa awak tinggalkan saya? Saya rindukan awak… Tujuh tahun saya menantikan awak… Mana awak pergi, Elham?” Qalesya meleraikan pelukannya. Matanya menatap wajah yang amat dirinduinya itu. Elham membalas pandangan Qalesya. Jari telunjuk kanannya menyapu lembut air mata yang mencemari wajah ayu Qalesya.
            “Saya dekat dengan awak… Dekat di sini… Itu yang menyatukan kita semula…” Balas Elham sambil menunjukkan jarinya ke dada Qalesya. Kemudian dia melutut sambil memegang lembut jari-jemari Qalesya.
            “Will you be my wife?” Tanya Elham sambil menunjukkan cincin permata kepada Qalesya. Qalesya menggenggam erat tangan Elham dan mengangguk laju menyatakan persetujuannya. Dia lupa akan lamaran Isqandar. Dia lupa yang lelaki itu masih lagi menantikan jawapannya.
            Tiba-tiba semua yang ada di situ bertepuk tangan kerana kagum dengan sikap gentleman Elham. Masing-masing yang ada mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
            Tanpa Qalesya sedari, air mata Isqandar menitis perlahan kerana Qalesya menerima lamaran dari lelaki yang dia tidak kenali itu. Saat itu Isqandar merasakan dunianya gelap seketika.
            “Sampai hati awak Esya… Sampai hati awak…” Rintih Isqandar sambil meraup wajahnya yang kusut.

Tuesday, 17 April 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Assalamualaikum readers!!!

Hari ni aku nak cerita pasal birthday aku yang jatuh pada hari ini... Hemmm.... Thanks kepada semua yang dah mengucapkan "SELAMAT ULANG TAHUN", "HAPPY BIRTHDAY" dan macam-macam lagilah...

Tahun ni aku genap 20 tahun... Usia yang bagi aku usia yang sesuai untuk aku mula berubah menjadi yang lebih baik... Hehe... Terima kasih semua... =).....

Monday, 2 April 2012

SESUATU MENGUSIK PERASAAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Malam hening... Layan CINTA GEGAR... Lagu-lagu yang diputarkan ternyata berjaya membuatkan jari jemari ku menari di atas papan kekunci komputer ribaku... (ewahhh.....ayat jiwang maiii dah.....)

Minda aku mula menerawang mengingati seseorang yang pernah dan masih lagi mendiami hati aku ni... (namanya terpaksa dirahsiakan...)
Mungkin inilah yang dikatakan sebagai CINTA PERTAMA... Aku sejujurnya sehingga ke detik ini masih lagi memikirkan dirinya yang amat aku sayangi...

Semuanya bermula apabila aku berpindah ke sini... Kali pertama aku melihat wajahnya, sewaktu aku di tingkatan 3... Pada mulanya aku tak tahu yang dia mempunyai abang kembar... Mula-mulanya aku hanya suka padanya... Tak ada perasaan lain... Tapi lama-kelamaan, perasaan tu bertukar menjadi sayang, bertukar menjadi cinta... Akhirnya aku membuat keputusan...

Hari raya tahun 2010... Aku hantar SMS padanya meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku... Aku membuat pengakuan jujur padanya... Namun tiada balasan... Malam tu aku tidur dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak...


Keesokan harinya, sementara nak tunggu kehadiran guru Sejarah aku masuk... Aku check inbox handphone aku... Still tiada apa-apa balasan... Sebaik saja cikgu masuk kelas... Handphone aku bergetar menandakan mesej baru masuk... Serentak itu hati aku berdebar-debar hebat... ALLAH je yang tahu perasaan aku masa tu... Mesej daripada si dia... Mesej yang aku tunggu-tunggu...


"Assalamualaikum... Fairuz... Cinta tak boleh dipaksa... Cinta macam bunga... Hanya kembang jika cukup syaratnya... Sinar mentari, air... Tak ada mana-mana makhluk ALLAH yang boleh buat bunga kembang tanpa izin yang Maha Kuasa... Begitu juga dengan cinta... Memang ALLAH ada bagi rasa cinta... Tapi, kadang-kadang ia bukan kurnia... Tapi dugaan untuk menguji jauh mana cinta kau pada manusia atau pada DIA yang Maha Esa... Aku minta maaf Fairuz... Aku sebagai kawan kau akan doakan kau dapat yang lebih baik dari aku... Kau jangan lupa mohon petunjuk ALLAH... Adakah cinta kau ni memang dari ALLAH atau sekadar bisikan nafsu untuk buat kau leka... Maafkan aku sekali lagi..."


Terasa macam langit runtuh sebaik saja aku baca mesej dia... ALLAH je tahu macam mana perasaan aku masa tu... Automatik air mata aku menitis laju... Seminggu aku sedih kerana hal ini... Apa saja yang aku buat semuanya tak kena... Dengar lagu pun boleh menangis... Ya ALLAH... Berat sungguh rasanya dugaan tu... Hari2-hari aku berdoa agar aku dapat lupakan dia... Namun aku tak mampu...


Buktinya... Sampai ke hari ini aku masih lagi memikirkan dirinya...


p/s: semoga kau berbahagia wahai arjuna hatiku... Insya ALLAH... Aku sayang kau sampai bila-bila..

Sunday, 1 April 2012

LYRICS AND ITS TRANSLATION FOR THIS NEW SONG ON MY BLOG

KOREAN LYRICS...

han namja-ka keudaereul sarang-hamnida
keu namjaneun yeol-shimhi sarang-hamnida
mae-il keurimjacheoreom keudaereul ttara tanimyeo
keu namjaneun useumyeo ul-ko isseoyo

eolmana eolmana teo neo-reul
ireohke baraman bomyeo honja
i paramgateun sarang i keoji-gateun sarang
kyeso-khaeya ni-ga nareul sarang-ha-ge-nni
jo-geumman gakka-i wah cho-geumman
han bal ta-gakamyeon tu bal domangganeun
neol sarang-haneun nal chigeumdo yeope isseo
keu namjan umnida

keu namjaneun seongkyeo-gi soshimhamnida
keuraeseo unneun peobeul baewotomnida
chinhan chingue-gedo mothaneun yaegi-ka manheun
keu namjaye ma-eumeun sang-cheo tuseongi

keuraeseo keu namjaneun keudael
neol sarang-haet-daeyo ttokkata-seo
tto hana ga-teun pabo tto hana ga-teun pabo
han-beon nareuranaju-go kamyeon andwehyo
nan sarangbad-ko shipeo keu-daeyeo
mae-il so-geuroman kaseum so-geuroman
sorireul ji-reumyeo keu namjaneu-no-neuldo keu yeope it-deyo

keu namja-ga naraneun geonanayo
al-myeon-seo-do i-reo-neun geonanijyo
moreul-keoya keudaen pabonikka
eol-mana eol-mana teo neoreul

ireohke baraman bomyeo honja
i pabo-gateun sarang i geoji-gateun sarang
kyeso-khaeya ni-ga nareul sarang-ha-ge-nni
jo-geumman gakkayi wah jo-geumman
han bal da-gakamyeon du bal tomankkaneun
neol sarang-haneun nal chigeumdo yeope isseo
keu namjan umnida

ENGLISH LYRICS...

One man loves you
That man loves you with all his heart
Everyday like a shadow he follows you around
When that man smiles he is crying on the inside

How much longer
Do I have to just look at you alone
This love like the wind
This worthless love
If I keep trying will it make you fall in love with me
come a little bit closer
Just a little bit
I'm the one who loves you
Right now by your side
That man is crying

That man is very shy
So he learned how to laugh
There is so much that can't be said even amongst close friends
That man's heart is full of scars

So that man
Loved you because you were the same
Just another fool
Just another fool
Is it wrong to ask you to hold me once before you leave?
I want to be loved..its true
Every day inside...Inside his heart...He shouted and
That man is by your side again today

Do you know that I'm that man?
You wouldn't act this way if you knew
You wouldn't know because you're a fool

How much longer
Do I have to look at you like this alone?
This stupid love
This worthless love
If I keep trying will it make you fall in love with me
come a little bit closer
Just a little bit
If I take one step forward you take two steps back
I'm the one who loves you
Right now by your side
That man is crying

Saturday, 31 March 2012

HIDUP TAK SELALUNYA INDAH...

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya dah lama jari jemari aku ni tak menaip disini... Emm... Aku agak sibuk kebelakangan ni... Well, entry aku kali ni lain sikit... Kalau sebelum ni asyik duk menaip novel, malam ni aku nak tulis benda lain sikit... (yang bestnya telinga aku ni disuakan dengan lagu-lagu hindustan... Memang layan habis...)

Malam ni tajuk entry aku ialah "Hidup tak selalunya INDAH..." Kenapa aku kata begitu? Adakah kerana hidup aku yang tak berapa nak indah ataupun hidup orang lain yang aku nampak indah jerrrr.......

Emm... Dengan masa yang tak sampai beberapa jam nak melangkah ke bulan baru ni... Membuatkan aku berfikir sejenak... Dalam masa dua minggu lagi aku akan melangkah ke alam dewasa dan meninggalkan alam remaja... Aku berfikir adakah dengan umur yang makin meningkat ni akan mampu mematangkan aku???

Sedar tak sedar sebenarnya aku ni dah TUA!! Angka 20 mula mendominasi minda aku untuk berubah menjadi yang lebih baik... Walaupun aku masih belum nampak mana jalannya... Namun aku percaya yang jalan tu ada... Aku kadangkala bertanya kepada diriku sendiri... Adakah aku sudah cukup kuat untuk menghadapi segala macam cabaran dan dugaan? Kita takkan tahu apakah bentuk cabaran dan dugaan yang bakal kita hadapi...

Aku takut memikirkan apa yang akan berlaku yang sememangnya menjadi rahsia ALLAH... Aku juga takut aku akan kecundang ataupun akan melatah... Aku hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan lahiriah mahupun rohaniah... Itu saja...

Macam apa yang aku katakan tadi... Hidup kita ni tak selalunya indah... Pasti akan ada yang pahit... Macam tu juga lah life aku... (tapi aku rasa life aku ni lagi banyak yang pahit je kut.... =p)

Rasanya tu je untuk kali ni...

#bagi readers blog aku ni yang tertunggu sambungan novel aku... aku harap korang sabarlah ye... Tak ada aral melintang aku taip lah...... Sayang korang semua.... And terima kasih sebab sudi singgah and bace entry2 yang aku post......

ARIGATOU KOZAIMASU!!!

Saturday, 10 March 2012

AKU TULANG RUSUKMU


TIGA BELAS

            “Sudi tak awak jadi suri dalam hidup saya? Jadi kekasih dan bidadari dalam hidup saya? Jadi menantu dalam keluarga saya? Jadi anak perempuan kepada ummi saya… Jadi ibu kepada bakal anak-anak saya? Dan yang paling penting… Jadi tulang rusuk saya? Terngiang-ngiang suara Isqandar ditelinganya.
            Qalesya masih lagi mencari-cari jawapan. Buntu memikirkannya. Dia seolah-olah dalam dilema. Terima atau menolak. Dia tidak punya kekuatan. Sudah tiga malam berturut-turut dia membuat solat sunat Istikharah sejak Isqandar melamarnya.
            Dia masih tidak ingat apa-apa mengenai lelaki itu melainkan dia tahu bahawa lelaki itu adalah atasannya. Dibenak Qalesya kini cuma terdapat satu wajah namun agak samar-samar.
            Saban malam dia termimpikan lelaki itu namun dia tidak dapat mengingatinya. Ada suara lain yang bermain-main dikepalanya. Hatinya tiba-tiba merasa amat sebak. Air matanya terhambur.
            “Ya Allah! Kenapa dugaan seberat ini yang Kau timpakan di atas pundakku? Aku tak kuat, Ya Allah… Bantulah hamba Mu ini untuk menghadapi semuanya…” Qalesya menangis sepanjang malam.
..................................................................................................................................................................
            ISQANDAR menyapu mukanya setelah memberi salam yang terakhir tadi. Dia menghela nafas panjang. Dia berzikir seketika. Selang beberapa minit kemudian dia menadah tangan untuk memanjatkan doa. Dia memohon doa untuk dirinya, keluarganya, saudara-saudarinya, sahabat-sahabatnya dan juga untuk wanita yang sangat dia cintai.
            “Ya Allah… Jika dia bukan untukku… Kau hilangkanlah perasaan cinta sayangku ini terhadapnya Ya Allah… Jika dia milikku… Jika dia yang Kau ciptakan untukku… Jika dia tulang rusukku… Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima cinta dan sayangku namun tidak melebihi cintanya terhadap Mu… Ya Allah… Berikanlah aku jalan untuk menghadapinya… Amin…” Isqandar mengesat air matanya yang tiba-tiba tumpah. Dia menarik keluar buku Yassin yang terletak dalam almari dan mulai larut dalam bacaannya yang penuh penghayatan.
..................................................................................................................................................................
            “ARIGATOU KOZAIMAS!” Ucap lelaki itu sambil tersenyum. Kebetulan Qalesya lalu dimeja lelaki yang mengucapkan bahasa Jepun itu yang membawa maksud ‘terima kasih banyak.’
            Kelihatan lelaki itu sedang berbual sambil berdiri sebelum lelaki yang seorang lagi beredar pergi. Qalesya yang berjalan agak perlahan itu mula melangkah laju apabila mata lelaki itu mula memandangnya.
            Qalesya terasa seperti amat mengenali lelaki itu namun dia khuatir dia akan tersalah orang. Dia menoleh ke belakang setelah dia keluar dari restoran yang menyediakan makanan Jepun itu. Dia terpandang lelaki tadi. Lelaki itu berjalan menuju ke tempat meletak kereta yang berada dibahu jalan sebelah kiri. Lelaki itu membuka pintu kereta BMWnya yang berwarna hitam, masuk dan menyusur keluar dari tempat itu. Lelaki itu langsung tidak perasan yang dirinya diperhatikan oleh Qalesya.
            “Elham ke?” Qalesya bertanya kepada dirinya sendiri.
            “Bukan kut… Perasaan aku je ni…” Dia memutuskannya sendiri dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

Wednesday, 7 March 2012

Akhirnya...................

Hampir lebih 3 bulan aku menantikan keputusan STPM... Akhirnya debaran itu berakhir dengan pengumuman bahawa keputusan STPM keluar pada hari ini... Aku berdoa dan akhirnya keputusan yang aku perolehi 2.58... Alhamdulillah....... Dapat 1 B+, and 3 C+... Walaupun tiada A namun aku berbangga dengan keputusan aku.....


At least tiada GAGAL!!

Thursday, 2 February 2012

AKU TULANG RUSUKMU


DUA BELAS

DUA BULAN KEMUDIAN

            “Siapa kau? Kenapa aku… Macam merindui kau? Siapa kau?” Hati Qalesya berbisik lembut.
            “Hoi, perempuan gatal!!” Nadia menyergah Qalesya yang sedang termenung di hadapan komputernya.
            “Pasal kau… Aku putus tunang dengan Isqandar! Pasal kau juga aku…”
            “Nadia!!” Kata-kata Nadia dipotong oleh Isqandar yang kebetulan mahu keluar ke pantri. Nadia terdiam.
            “Kan I dah cakap… Antara kita dah tak ada apa-apa lagi! You kena faham… Kita putus bukan disebabkan Qalesya… I yang salah… I yang tak boleh nak mencintai you… Hati I bukan pada you… Tapi pada orang lain… You bukan tulang rusuk II’m sorry kay…” Isqandar memandang bekas tunangnya yang sedang menangis itu.
            “Tapi Isz… I sayangkan youI cintakan you… Ini yang you balas pada I?” Nadia meraih tangan Isqandar namun lelaki itu mengelak dari dipegang.
            “Enough is enough!! You tak malu ke semua staff I tengok you macam ni?” Tanya Isqandar. Nadia membentak marah.
            “You jangan ingat semua ni dah berakhir… It’s never end! I akan pastikan yang you akan menyesal… You akan menyesal!!” Jerit Nadia geram dan kemudian dia melangkah keluar dengan hati yang sebal.
..................................................................................................................................................................
            ‘AKU rindu dia… Tapi, siapa dia? Di mana dia?’ Hati Qalesya bermonolog perlahan.
            “Maafkan aku sayang…” Suara itu sentiasa berbisik-bisik ditelinganya. Qalesya cuba untuk memadam memori itu namun, sering sahaja menemui jalan buntu. Kadang-kadang, hatinya terasa bagaikan dihiris sembilu tajam. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar perlahan tanda ada ‘sms’ masuk.
‘You kena datang office sekarang…
Emergency… Arahan bos…’
            Begitulah bunyi mesej itu. Ia dikirim oleh teman pejabatnya yang berbangsa Cina. Qalesya mengeluh panjang. Dia cukup pantang kalau dia sedang bercuti dipanggil bekerja. Namun dia akur dengan arahan orang atas.
            Masuk hari ini sudah seminggu dia menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh Doktor Siva. Namun, doktor itu buntu kerana tiada jawapan yang dia peroleh dari gadis itu.
            Pintu biliknya diketuk perlahan. Muncul Mya Zara di hadapan pintu biliknya.
            “Esya… Isqandar datang nak jumpa kau…” Katanya sambil tersenyum simpul. Qalesya tersenyum hambar. Dia sebenarnya tidak berapa ingat mengenai kawan-kawan serumahnya. Begitu juga dengan Isqandar. Dia langsung tidak ingat apa-apa tentang lelaki itu.
            Qalesya didianogsis hilang ingatan masa kininya namun  dia masih ingat akan masa lampaunya.Cuma masa sekarang muncul samar-samar dalam ingatannya.
            “Kejap lagi saya turun… Saya rasa dia nak jemput saya pergi office kut…” Jawab Qalesya seraya tersenyum.
            “Emm… Okey…” Balas Mya Zara lalu menutup pintu bilik Qalesya. Qalesya bangun untuk bersiap ala kadar. Dia menarik tudungnya yang tergantung dikepala katil lalu menyarungkannya ke kepala. Dia merapikan wajahnya dengan bedak padat. Setelah dia yakin dengan penampilannya, dia melangkah turun.
            Isqandar menunggu Qalesya di luar pintu masuk rumah sewanya. Qalesya tersenyum memandang lelaki itu yang sedang membelakanginya dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
            “Awak?” Tegur Qalesya sebaik sahaja sampai di belakang Isqandar. Lelaki itu menoleh dan tersenyum.
            “Awak dah siap?” Tanya lelaki itu dengan senyuman manis. Qalesya menjawab dengan anggukan kecil.
            “Jom kita pergi sekarang…” Ajak Isqandar. Qalesya mengikutnya dari belakang. Mereka berdua menuju ke anak syarikat Jaya Holdings dengan menaiki kereta Satria Neo milik Isqandar.

Friday, 27 January 2012

AKU TULANG RUSUKMU


SEBELAS

2 MINGGU KEMUDIAN
HOSPITAL SEREMBAN

            “Kid…” Puan Zaleha memanggil Qalesya yang telah banyak berubah sejak kejadian dia diculik. Qalesya menjadi pendiam dan kadangkala dia meracau ketakutan di waktu malam.
            “Mama…” Qalesya memandang mamanya. Puan Zaleha memandang sayu anak gadis tunggalnya. Digelar Kid kerana terlalu obses dengan watak anime Jepun Kaitou Kid dalam cerita Detective Conan. Penuh biliknya dengan poster Kaitou Kid. Berperwatakan lelaki kerana terikutkan perangai abang-abangnya.
            Namun berubah menjadi seorang gadis yang cantik, berbudi bahasa setelah tamat pengajian disebuah universiti tempatan dalam bidang Business Management. Bekerja disebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur sebagai pegawai pemasaran.
            “Siapa lelaki tu sayang?” Tanay Puan Zaleha penuh hati-hati. Tiba-tiba air mata Qalesya mengalir perlahan. Qalesya menjadi amat sensitif apabila ditanya tentang lelaki itu.
            “Kid tak nak bagi tahu… Kid dah janji…” Katanya dengan suara timbul tenggelam. Isqandar masuk dan membawa sejambak bunga tulip kesukaan Qalesya.
            “Assalamualaikum makcik…” Ucap Isqandar sambil mencium belakang tapak tangan Puan Zaleha.
            “Waalaikumussalam…” Puan Zaleha menjawab sambil tersenyum.
            “Ini untuk awak…” Isqandar menghulurkan jambangan tulip itu kepada Qalesya. Qalesya menyambutnya dengan senyuman tawar.
            “Saya bawakan kawan-kawan serumah awak…” Kata Isqandar lagi.
            Heliza, Ariana dan Mya Zara melangkah masuk lalu memeluk Qalesya. Qalesya terharu.
            “Kami semua rindukan kau…” Kata Heliza. Ariana dan Mya Zara mengangguk setuju. Isqandar sekadar memerhatikan mereka semua dari sudut bilik kelas satu itu. Dia yang membiayai kos rawatan dan perubatan Qalesya kerana wanita itu pekerjanya.
            “Encik Ian… Terima kasih untuk segalanya…” Ucap Qalesya perlahan. Isqandar tersenyum.
            “Dah jadi tanggungjawab saya, sebagai atasan awak…” Balas Isqandar. Buat seketika mereka berbual-bual banyak perkara sementelah mereka sudah lama tidak bertemu. Doktor yang merawat Qalesya masuk dan meminta semua yang ada untuk tunggu di luar.
            “Minta semua yang ada sila keluar sebentar kerana saya ingin periksa pesakit saya…” Semua yang ada mula melangkah keluar meninggalkan doktor tersebut bersama Qalesya.
            Isqandar melangkah perlahan ke arah Puan Zaleha yang berdiri tidak jauh dari pintu bilik Qalesya. Mata tua wanita itu memandang penuh kasih anaknya yang sedang diperiksa oleh doktor.
            “Makcik…” Panggil Isqandar lembut. Puan Zaleha menoleh memandang anak muda di sebelahnya.
            “Ada apa nak?” Tanya Puan Zaleha.
            “Makcik dah sampaikan hasrat saya yang tempoh hari kepada Qalesya?” Tanya Isqandar agak perlahan. Dia bimbang kawan-kawan Qalesya mendengarinya.
            Wanita tua itu mengeluh perlahan. Matanya memandang wajah Isqandar.
            “Makcik rasa masanya agak tak sesuai sekarang ni… Makcik garap kamu boleh bersabar… Ya nak…” Perlahan sahaja wanita itu menuturkan kata-katanya. Isqandar angguk mengerti.
            Doktor tadi keluar dan menggamit Puan Zaleha.
            “Qalesya dah boleh keluar esok… Dan dia masih lagi perlukan rawatan rumah… Saya rasa suasana rumah mungkin akan membantu dia untuk ingat semula… Dan saya harap puan akan bawa dia jumpa dengan pakar psikiatri untuk membantu dia untuk selesaikan masalah dia…” Doktor muda itu berkata.
            “Tapi anak saya tak gila…” Puan Zaleha membantah.
            “Rawatan itu bukan untuk orang gila sahaja puan… Saya cuma nak bantu anak puan pulih semula… Ni kad doktor yang saya rasa boleh membantu anak puan…” Doktor itu menghulurkan sekeping kad kepada Puan Zaleha.
            “Saya pergi dulu…” Doktor itu berlalu pergi meninggalkan Puan Zaleha dan Isqandar.
            “Makcik… Saya rasa cadangan doktor tadi okey juga… Manalah tahu Qalesya boleh cepat 
sembuh?” Ucap Isqandar tanda bersetuju dengan cadangan tersebut. Akhirnya Puan Zaleha bersetuju.

Wednesday, 25 January 2012

AKU TULANG RUSUKMU


SEPULUH

NEGERI SEMBILAN
SEMINGGU KEMUDIAN…

            “Masih tak ada apa-apa perkembangan ke tuan?” Puan Zaleha duduk dan ditemani oleh suaminya.
            “Masalahnya puan… Penculik tu tak hubungi langsung untuk minta wang tebusan…” Jawab Inspektor Jamil. Dia sendiri bingung dengan kes yang satu ini.
            “Tuan yakin ke yang anak saya masih hidup?” Encik Zahirul bertanya. Dia masih lagi cuba untuk menenangkan isterinya.
            “Selagi kita tak jumpa mayat dia… Saya yakin dia masih hidup…” Yakin sungguh dia berkata. Isqandar sering berkunjung ke rumah ibu bapa Qalesya untuk mengetahui perkembangan kes kehilangan Qalesya. Dia juga telah melamar Qalesya melalui ibu bapa wanita itu. Dia tekad untuk mengambil Qalesya sebagai suri dalam hidupnya.
            “Tuan?” Isqandar memanggil Inspektor Jamil yang sedang asyik meneliti buku notanya.
            “Ya Tengku… Ada apa yang boleh saya Bantu?” Tanya Inspektor Jamil. Dia menutup buku notanya.
            “Ada apa-apa berita tak?” Tanya Isqandar dengan soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.
            “Ma…” Tiba-tiba Inspektor Jamil berhenti berkata setelah terdengar deringan telefon menjerit nyaring minta diangkat.
            “Makcik… Biar saya yang jawab…” Pinta Isqandar. Puan Zaleha tidak jadi bangun.
            “Helo…” Ucap Isqandar. Suara di sebelah sana masih tidak bersuara.
            “Helo! Mama! Tolong Kid ma… Tolong!!” Tiba-tiba suara Qalesya menerpa pendengaran Isqandar.
            “Qalesya!!” Jerit Isqandar. Semua yang ada di situ terkejut dengan jeritan Isqandar.
            “Dah tahu yang dia selamat kan? Aku cuma nak bagi tahu yang dia masih selamat… Tapi aku masih perlukan dia…” Kini suara lelaki pula yang menerpa. Tiba-tiba panggilan putus.
            “Helo?! Helo! Damn!” Jerit Isqandar lagi. Inspektor Jamil merampas telefon daripada tangan Isqandar dan menekap gagang ditelinganya.
            “Dah terputus…” Katanya. Isqandar terduduk.
            “Dia cakap apa?” Tanya Inspektor Jamil sambil mengeluarkan buku notanya. Dia duduk di hadapan Isqandar. Yang lain memasang telinga.
            “Dia cuma nak kita semua tahu yang Qalesya selamat… Dan dia kata… Dia masih perlukan Qalesya…” Terang Isqandar panjang lebar. Dia meraup wajahnya resah. Puan Zaleha meraung perlahan. Abang-abang Qalesya diam di tempat masing-masing.
..................................................................................................................................................................
VILA KOSONG

            BADAN Qalesya makin lesu. Seluruh tenaganya seakan-akan telah diserap habis. Kepalanya juga sering berdenyut-denyut sakit.
            “Maafkan aku…” Ucapan itu sering berbisik-bisik ditelinganya. Qalesya masih tidak mengerti maksud yang tersirat di sebalik ucapan itu. Sudah dua hari Ariel tidak mengunjunginya. Qalesya sebenarnya tidak mengerti dengan sikap Ariel yang sering berubah-ubah.
            Qalesya cuba untuk menggerakkan badannya namun tidak berdaya. Tiba-tiba Ariel masuk ke ruangan kecil itu. Wajahnya agak kusut. Qalesya sabar menanti.
            “Aku lepaskan kau… Dengan syarat kau jangan cerita apa-apa dengan pihak polis mengenai aku… Satu pun jangan… Faham!” Keras permintaannya. Dia mengeluarkan sebilah pisau lalu memotong tali yang mengikat tangan dan kaki Qalesya.
            “Maafkan aku, sayang…” Katanya sambil mengendong Qalesya keluar dari bilik kecil itu.
..................................................................................................................................................................
HADAPAN RUMAH KELUARGA QALESYA
1.00 PAGI

            ARIEL meletakkan Qalesya yang tidak sedarkan diri di hadapan rumah ibu bapanya. Sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Qalesya, dia sempat mencium dahi wanita yang sangat dia cintai itu.
            “Selamat tinggal sayang…” Lama Ariel menatap wajah lesu Qalesya. Dia mencium dahi Qalesya buat kesekian kalinya. Jari telunjuknya menyentuh lembut bibir wanita itu. Air matanya menitis perlahan dipipinya lalu jatuh tepat mengenai pipi mulus Qalesya. Wanita itu bergerak perlahan. Pandangan matanya kabur. Jari telujuk Ariel masih dibibirnya.
            “Maafkan aku…” Ucap Ariel buat kali terakhir sebelum bangun meninggalkan Qalesya.

Saturday, 21 January 2012

AKU TULANG RUSUKMU


SEMBILAN

VILA KOSONG (HARI KELIMA)

            “Lepaskan aku!” Jerit Qalesya. Lelaki berbadan sasa itu masih diam. Tanpa Qalesya sedari, air matanya mengalir perlahan. Lelaki itu memandangnya.
            “Kau jerit kuat mana pun tak ada guna… Tempat ni jauh dari laluan orang ramai…” Tenang lelaki itu memberitahu.
            “Kau culik aku kenapa? Aku bukan anak orang kaya… Tolonglah… Lepaskan aku…” Qalesya merayu dengan suara yang tersedu-sedu menahan tangis.
            “Kau cantik… Aku suka…” Katanya. Qalesya makin geram dengan sikap lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu bangun berdiri di hadapan Qalesya. Lelaki itu cuba untuk mencium wajah Qalesya namun Qalesya mengelak dengan menggerak-gerakkan wajahnya.
            “Emm… Wanginya…” Suara garau itu mencecah telinga Qalesya. Qalesya terkedu. Suara itu, Qalesya seolah-olah mengenalinya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
            “Ariel?” Tanya Qalesya kaget. Lelaki itu tersenyum. Qalesya makin yakin bahawa lelaki itu memang Ariel.
            “Ternyata kau kenal aku ya sayang…” Balas lelaki itu sambil mencium-cium leher Qalesya. Qalesya rimas dengan tindakan lelaki itu. Dia langsung tidak berbuat apa-apa kerana tangan dan kakinya diikat kemas.
            “Janganlah buat aku macam ni…” Qalesya menangis. Ariel mengelap air mata Qalesya dengan telunjuk kanannya. Qalesya cuba menahan tangis.
            “Lepaskan…” Qalesya masih cuba merayu. Ariel menghembuskan nafasnya perlahan.
            “Maafkan aku…” Ucapnya perlahan ditelinga Qalesya. Dia belalu meninggalkan Qalesya yang masih menangis itu.
..................................................................................................................................................................
            “HELO?” Kid menjawab panggilan yang diterimanya.
            “Boleh cakap dengan Qalesya?” Suara seorang lelaki bertanya. Kid menggaru kepalanya.
            “Ya, bercakap…” Kid membalas. Kedengaran seperti lelaki itu sedang menghembus nafas panjang.
            “Kid… Ni Elham…” Suara itu berkata. Kid bingung.
            “Elham mana ya?” Tanya Kid. Suara di sebelah sana membisu seketika.
            “Cikgu Elham…” Jawab suara itu kemudian.
            “Cikgu…” Kid terpaku. Tanpa disedari oleh Kid, air matanya mengalir. Dia rindu akan lelaki itu. Kadang-kadang dia sendiri tidak faham dengan perasaannya sendiri.
            “Awak sihat?” Tanya Cikgu Elham. Kid menekup mulutnya kerana khuatir Cikgu Elham akan tahu dia sedang menangis.
            “Si… Sihat…” Suara Kid agak serak. Lelaki itu tahu Kid sedang menangis.
            “Saya rindukan awak…” Kata-kata itu membuatkan tangisan Kid terhambur. Cikgu Elham menarik nafas panjang.
            “Awak… Kita…” Kid tidak dapat meneruskan kata-katanya dek kerana rasa sayu yang teramat sangat.
            “Saya faham… Saya cuma nak bagi tahu… Saya nak tinggalkan Malaysia… Saya akan tinggalkan awak… Saya… Saya nak awak tahu yang saya cintakan awak sampai nyawa saya ditarik…” Tiba-tiba talian terputus.
            Kid terduduk sebaik sahaja talian terputus. Ya… Sekarang dia sedar bahawa dia mencintai lelaki itu, namun setelah lelaki itu pergi dari hidupnya.
            “Maafkan saya, awak… Saya tahu… Saya tahu… Yang saya sangat mencintai awak…” Kid menangis sepuas hati malam itu.

Tuesday, 17 January 2012

AKU TULANG RUSUKMU


LAPAN

VILA KOSONG (HARI KEDUA)

            Qalesya memandang sekeliling ruang bilik usang itu. Tiada apa-apa yang menarik. Perutnya lapar. Seingatnya sudah dua hari dia tidak menjamah makanan. Tiba-tiba lelaki bebadan sasa itu masuk membawakan sesuatu untyuk Qalesya.
            “Nah! Makan ni… Aku tahu kau lapar…” Unjuknya.
            “Memang aku lapar… Tapi macam mana aku nak makan kalau tangan aku terikat?” Jawab Qalesya kasar. Lelaki itu diam. Dia mengambil kerusinya di belakangnya lalu duduk di hadapan Qalesya.
            “Aku suapkan!” Putusnya. Qalesya menghempas kasar.
            “Bukalah mulut tu!” Bentaknya lagi. Qalesya menurut. Pada mulanya dia enggan, namun desakan perutnya mengatasi fikirannya. Mi goreng disua lembut ke mulutnya. Qalesya terpegun  seketika.
            “Kau ni siapa?” Qalesya bertanya setelah beberapa detik senyap. Lelaki itu tidak memakai topeng muka hari ini. Wajahnya agak tampan dan berjambang nipis. Qalesya seakan mengenalinya namun tidak mengingatinya dengan jelas.
            “Nobody...” Jawabnya tenang. Dia menyuap Qalesya lagi.
            “Don’t you have a name?” Tanya Qalesya lagi tidak puas hati.
            “Just call me Mr. X…” Dia menyuap lagi.
            “X? X  what?” Qalesya bertanya lagi. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu.
            “Kau ni banyak tanyalah!” Bentaknya. Qalesya terkedu dengan bentakannya. Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dari poket belakang seluarnya. Qalesya takut dengan tindakan lelaki itu.
            “Aku potong ikatan tangan kanan kau… Habiskan makanan ni…” Kata lelaki itu dingin. Dia memotong ikatan ditangan kanan Qalesya.
            “Tunggu apa lagi? Makanlah!” Arahnya kasar. Qalesya makan seperti yang disuruh. Beberapa minit kemudian, makanan itu habis dimakan oleh Qalesya. Tangan kanannya diikat semula. Lelaki itu kemudiannya keluar meninggalkan Qalesya.
..................................................................................................................................................................

PORT DICKSON (HARI KEEMPAT)

            SEMUA pekerja Dato’ Tengku Farid disqal siasat berhubung kes kehilangan Qalesya. Pihak polis menemui baju panas milik Qalesya dan terdapat kesan darah disitu. Berkemungkinan besar Qalesya diculik. Namun, keluarga Qalesya belum menerima apa-apa panggilan daripada penculik yang menculik Qalesya.
            “Isz…” Tengku Farid memanggil Isqandar yang dilihatnya sedang termenung jauh. Isqandar meraup muka sebelum memandang walidnya.
            “Anak walid ni kenapa?” Tengku Farid bertanya. Dia memeluk bahu Isqandar. Isqandar merenung mata walidnya dalam.
            “Isz risaulah walid…” Balas Isqandar. Tengku Farid tersenyum.
            “Isz suka dia ya?” Tanya Tengku Farid lagi dengan senyuman penuh makna. Isqandar diam.
            “Entahlah walid… Isz pun tak tahu…” Isqandar menghela nafas panjang. Tengku Farid menepuk bahu Isqandar seraya berkata,
            “walid faham perasaan kamu… Banyakkan berdoa… Bila dia dah selamat… Berterus-teranglah…” Serentak itu Tengku Farid bangun meninggalkan Isqandar. Isqandar masih lagi buntu memikirkan keadaan Qalesya.
            “Sayang…” Nadia memeluk bahu Isqandar. Isqandar masih lagi diam.
            “Leave me alonePlease…” Pinta Isqandar sambil menarik tangan Nadia yang melingkari bahunya.
            “You ni apasal?!” Bentak Nadia kasar.
            “You ingat eh… I ni tunang youDon’t you ever forget that!” Nadia bangun meninggalkan Isqandar dengan hati yang sebal.

Monday, 9 January 2012

AKU TULANG RUSUKMU


TUJUH

VILA KOSONG (HARI PERTAMA)

            Qalesya cuba untuk membuka matanaya namun keadaan sekelilingnya masih gelap-gelita. Dia terasa seperti tangannya diikat pada sesuatu. Kakinya juga seperti diikat. Qalesya meronta minta dilepaskan.
            Kepalanya masih berat. Dia tidak ingat apa-apa langsung. Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu dibuka oleh seseorang. Bunyi hentakan kaki menuju ke arahnya.
            “Dah sedar pun kau ya…” Suara garau menerpa telinganya. Tiba-tiba pandangan mata Qalesya terang-benderang. Di hadapannya, berdiri seorang lelaki berbadan sasa dengan wajah yang ditutupi topeng muka hantu yang bagi Qalesya agak menyeramkan.
            “Kau ni Siapa hah?!” Qalesya memberanikan diri bertanya kepada lelaki itu. Namun, soalannya dijawab dengan ketawa sinis yang menyakitkan hati.
            “Itu kau tak perlu tahu…Yang penting sekarang ni… Kau dah ada dalam tangan aku…” Jawabnya lalu meninggalkan Qalesya.
            “Lepaskan aku!!” Jerit Qalesya. Namun jeritannya itu sia-sia belaka.
..................................................................................................................................................................

DUA HARI SEBELUMNYA…
PORT DICKSON (HARI KETIGA)

            QALESYA bangun awal pagi itu. Dia merancang untuk berjalan sendirian sebelum mengikuti aktiviti yang telah disusun oleh companynya itu.
Selepas Subuh, Qalesya bersiap. Dia agak berhati-hati membuat semua perkara agar kawan-kawannya tidak terjaga. Setelah siap, dia menulis nota dan meletakkannya di tepi telefon bilik hotel tersebut.
Qalesya menghirup udara segar sambil berjalan menyelusuri pantai. Hilang segala beban yang bersarang  dibenaknya. Qalesya berhenti di sebatang pokok tumbang lalu duduk diatasnya.
Orang tidak ramai pagi itu. Qalesya menarik nafas lagi.
“Sorang je?” Tegur seorang lelaki.
“Ya…” Jawab Qalesya agak takut. Maklumlah kawasan keliling mereka agak lengang. Lelaki itu tersenyum manis.
“Boleh saya duduk?” Tanya lelaki itu lagi.
“Duduklah… Saya pun dah nak gerak dah ni… Saya pergi…” Percakapannya dipotong laju.
“Saya Ariel…” Qalesya tidak jadi untuk bangun.
“Qalesya…” Balas Qalesya. Ariel tersenyum lagi.
“Cantik nama tu… Secantik orangnya…” Ariel bersuara. Qalesya terkedu. Belum pernah dalam hidupnya dia dipuji cantik oleh seorang lelaki kecuali ayahnya.
“Cantik kan pagi ni?” Ariel bertanya sambil melemparkan pandangan ke lautan luas. Qalesya mengangguk kecil.
“Awak buat apa kat sini?” Ariel mengajukan pertanyaan lagi. Qalesya makin tidak senang duduk.
Vacation or what?” Ariel memandang Qalesya yang masih membisu itu.
“Ikut trip company actuallyFamily days…” Akhirnya Qalesya menjawab.
“Ooh… I see…” Ucap Ariel.
“Awak?” Qalesya pula bertanya. Wajah Ariel ditelitinya. Jambang dimuka Ariel agak lebat.
‘Hensem juga mamat ni…’ Hati Qalesya berbisik nakal.
“Mencari ketenangan disamping mencari inspirasi…” Tenang lelaki itu menjawab. Qalesya agak tertarik dengan kata-kata itu.
“Inspirasi?” Suara Qalesya tenggelam.
“Ya… Mencari inspirasi untuk masterpiece saya yang seterusnya…” Mendalam kata-kata yang dituturkannya.
Masterpiece? Awak pelukis ke?” Tanya Qalesya.
“Bukan… Pembuat arca…” Jawab Ariel.
“Ooh…” Qalesya memandang kakinya.
Bukk!! Pandangan Qalesya gelap serta-merta dan dia terus tidak sedarkan diri.

Tuesday, 3 January 2012

AKU TULANG RUSUKMU


ENAM

PANGSAPURI JAYA

            “Aku akan balas Qalesya! Aku akan balas!!” Jerit wanita sambil menikam-nikam gambar Qalesya dengan pisau yang dipegangnya.
..................................................................................................................................................................

            “KORANG nak pergi tak?” Qalesya bertanya. Kawan-kawannya masih diam.
            “Macam nilah… Aku bayar duit penginapan… Korang just bawa duit belanja untuk korang je… Amacam?” Qalesya memberi cadangan. Senyuman mula terukir di ketiga-tiga wajah teman serumahnya itu. Nampak gayanya mereka setuju dengan cadangan Qalesya.
            “Setuju!” Heliza menepuk tangan.
            “Deal!” Ariana menjabat tangan Qalesya.
            “Setuju bangat… Save budget aku…” Mya Zara melonjak kegirangan.
            “Dah agak dah…” Qalesya senyum melihat gelagat teman-teman serumahnya itu.
            “Location kat mana?” Mya Zara bertanya.
            “PD…” Qalesya menjawab ringkas.
            “Pun boleh!!” Ketiga-tiga mereka berkata serentak. Kemudian ketawa pecah antara mereka.
..................................................................................................................................................................

PORT DICKSON (HARI PERTAMA)

            “BAIKLAH… Masing-masing pergi lobi ambil kunci bilik masing-masing, berehat dan solat… Pukul 2.00 kumpul dekat restoran hotel untuk makan tengah hari…” Dato’ Tengku Farid bersuara dan memberi arahan kepada pekerjanya.
            Qalesya dan kawan-kawannya bergerak menuju lobi hotel untuk mengambil kunci bilik mereka. Isqandar pula berjalan sambil memeluk pinggang seorang wanita jelita disebelahnya. Betul-betul di belakang kawan-kawannya.
            “Hai Liez…” Johan menegur Heliza.
            “Ari…” Azlan Kim menegur Ariana.
            “Hai Mya… Sihat?” Tanya Roslee sambil tersenyum ke arah Mya Zara.
            “Hai!” Ketiga-tiga wanita muda itu membalas serentak. Qalesya tersengih. Tiba-tiba matanya terpandang seorang wanita disebelah Isqandar. Erat lelaki itu memeluk pinggang wanita jelita itu.
            Qalesya berasa sesuatu menusuk hatinya. Sakit sangat. Qalesya berasa hairan.
            “Esya?” Isqandar memanggil. Qalesya terpaku seketika. Dia memandang Isqandar.
            “Ya? Ada apa ya encik?” Tanya Qalesya. Wanita cantik disebelah Isqandar menjeling tajam Qalesya.
            “Yang you sibuk-sibuk tanya dia apasal? Cepatlah sikit! I penatlah…” Bentak wanita itu kasar.
            “Sabar sikit boleh tak? I pun penat juga…” Isqandar memarahinya.
            “Esya… Kenalkan… Ini Nadia…” Isqandar memperkenalkan wanita itu kepada Qalesya. Qalesya tersenyum manis.
            “Apa khabar Cik Nadia?” Tanya Qalesya sopan sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
            “WellIt’s Tengku Nadia…” Nadia berlalu pergi tanpa menyambut huluran tangan Qalesya.
            “Sorry about that...” Isqandar meminta maaf bagi pihak wanita itu.
            “NopeIt’s okay…” Balas Qalesya tenang.
            “Saya tak tahu kenapa agak bad mood hari ni…” Isqandar berkata lagi.
            “Biasalah tu… Ada hari angin tak baik… Betul tak?” Qalesya membalas tenang. Isqandar mengangguk perlahan.
            “Tapi siapa dia?” Qalesya penasaran.
            “Tunang saya…” Jawab lelaki itu sambil tersenyum.
            “Okeylah… Saya gerak dulu… Assalamualaikum…” Isqandar berlalu pergi tanpa sempat mendengar jawapan salamnya daripada Qalesya.