EMPAT BELAS
SETAHUN KEMUDIAN
“Saya
nak awak tunggu… Saya belum bersedia nak jadi apa yang awak nak… Kalau awak tak
boleh tunggu… Saya nak awak cari orang lain… Dan saya harap awak faham… Maafkan
saya…” Kata-kata Qalesya masih lagi terngiang-ngiang dibenaknya. Isqandar
pasrah. Walaupun sudah hampir setahun peristiwa itu berlalu namun Isqandar
masih tidak dapat melupakannya. Wanita itu masih belum dapat menerimanya.
Isqandar
agak kecewa dan terkilan namun dia menguatkan hatinya agar tidak goyah.
Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri. Dia dan Qalesya
kini berkawan rapat namun tidak melebihi hubungan diantara seorang bos dengan
pekerjanya. Isqandar menyandarkan tubuhnya disebuah tembok kecil di hadapan
rumahnya sambil memerhatikan anak-anak buahnya yang sedang mandi dikolam
renang.
“Pak
Lang! Jomlah mandi sekali!” Jerit Tengku Naim sambil melambai-lambaikan tangan
comelnya ke arah Isqandar. Isqandar tersenyum melihat telatah anak kakaknya
yang berusia lapan tahun itu.
Kakaknya,
Tengku Najihah berkahwin dengan pilihan umminya, Tengku Badariah. Suami
merangkap menantu sulung keluarga itu, Tengku Rejab, seorang ahli perniagaan
yang berjaya. Manakala abangnya yang kedua, Tengku Ismail mengahwini gadis
pilihannya sendiri yang bernama Siti Zulaikha. Seorang wanita yang lahir dan dibesarkan
dalam sebuah keluarga yang serba sederhana. Masing-masing dikurniakan seorang
cahaya mata yang diberi nama Tengku Naim dan Tengku Hakimi.
“Pak
Lang nak rehatlah Naim…” Jawab Isqandar. Anak buahnya mengangguk mengerti. Dia
dan Tengku Hakimi meneruskan mandian. Tiba-tiba walidnya, Tengku Farid tiba
lalu duduk dikerusi yang terletak betul-betul di hadapan Isqandar.
“Walid…”
Tegur Isqandar lalu bangun dan duduk dekat dengan Tengku Farid. Tengku Farid
dilihat sedang membaca sebuah kitab terjemahan Al-Quran. Tengku Farid
memberhentikan bacaannya lalu menutupnya perlahan. Tengku Farid menoleh ke arah
Isqandar yang termenung jauh.
“Anak
walid ni kenapa? Dari dalam rumah tadi sampai walid duduk sini… Walid tengok
kamu macam ada masalah je…” Tengku Farid memandang Isqandar.
“Entahlah
walid… Isz rasa… Entahlah…” Jawab Isqandar perlahan. Tengku Farid hairan
mendengarkan jawapan Isqandar. Tengku Farid memandang cucu-cucunya yang leka
bermain dalam air.
“Naim!
Kimi! Cukup-cukuplah mandi tu… Masuk dalam… Lepas tu suruh nenek sediakan minum
petang…” Tengku Farid separuh melaung.
“Baik
aki!” Sahut mereka berdua serentak. Mereka masuk ke dalam rumah ikut pintu
belakang. Tengku Farid memandang Isqandar semula lalu bertanya.
“Anak
walid ni bila nak kahwin? Walid rasa kamu ni perlukan teman hidup…” Tengku
Farid tersenyum lalu menanggalkan cermin mata yang dipakainya.
“Isz
belum jumpa calon yang sesuai lagilah walid… Susah
nak cari…” Jawab Isqandar lagi. Masing-masing senyap seketika.
Tiba-tiba
Tengku Badariah keluar dengan membawa sebuah dulang yang berisi seteko air teh
dan sepiring kuih-muih untuk minum petang hari itu.
“Apalah
anak-beranak ni bincangkan berdua kat luar ni ha?” Tegurnya. Isqandar bangun
lalu memeluk ummi kesayangannya. Isqandar kembali duduk. Tengku Badariah
meletakkan dulang yang dibawa di atas meja seramik buatan China itu. Tengku Badariah
mengambil tempat disebelah suaminya.
“Qalesya?”
Tanya Tengku Farid. Tengku Badariah hanya mendengar.
“Entahlah
walid… Dia menolak… Takkan Isz nak paksa… Dia suruh Isz tunggu… So… Isz tunggulah…” Jawab Isqandar.
Tengku Farid mengerling wajah gebu isterinya.
“Nadia?”
Tengku Badariah bersuara. Isqandar memandang umminya penuh kasih. Isqandar
menggeleng.
“Kenapa?
Dia pun okey… Ummi rasa kamu pun boleh ubah dia…” Terang Tengku Badariah lagi.
“Hati
Isz tak ada pada dia ummi… Isz tak boleh nak terima dia…” Balas Isqandar.
“Baguslah
tu… Walid pun tak gemar kamu berkawan dengan dia… Dari dulu lagi walid tak
berkenan…” Ucap Tengku Farid sambil menghirup teh yang disediakan.
“Ai…
Macam menyindir je…” Kata Tengku Badariah memandang suaminya.
“Yang
awak nak terasa kenapa?” Tanya Tengku Farid.
“Saya
yang pilih Nadia tu untuk anak awak ni…” Balas Tengku Badariah. Isqandar
memandang umminya yang merajuk itu.
“Abang
tak salahkan awak pun… Cuma perasaan abang ni dari dulu tak suka dengan dia…
Nak buat macam mana? Abang terima jelah bila awak nak jodohkan dia dengan Isz…
Abang tak larang pun…” Kata Tengku Farid lagi.
“Yalah…”
Tengku Badariah menjawab pendek. Dia terasa hati dengan suaminya. Isqandar
menyentuh tangan umminya lembut.
“Dahlah
ummi… Janganlah merajuk lagi… Isz memang tak ada jodoh dengan dia… Nak buat
macam mana kan ?”
Pujuk Isqandar sambil tersenyum ke arah walidnya.
“Tak
payahlah awak nak merajuk dengan saya lagi… Dah tak comel dah muka awak tu…”
Ucap Tengku Farid sambil memandang isterinya dengan penuh kasih.
“Emm…”
Itu sahaja jawapan Tengku Badariah. Suaminya menyentuh jar-jemari mulus Tengku
Badariah.
“Maafkan
abang ya sayang…” Ucap Tengku Farid lembut sambil mengusap-usap jari-jemari
isterinya.
“Emm…
Yalah…” Balas Tengku Badariah sambil tersenyum manis. Mereka berdua bergurau
senda. Isqandar memandang kedua orang tuanya yang mesra itu. Itu yang dia
mahukan. Hubungan suami isteri yang mesra dan damai.
Azan Maghrib berkumandang dari
sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari vila mereka yang terletak di Bangsar. Ketiga
beranak mula berangkat masuk ke dalam rumah.
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
“ASSALAMUALAIKUM…”
Sapa seorang lelaki kepada Qalesya. Dia yang sedang leka menghadap skrin
komputer ribanya terkedu mendengar ucapan salam itu. Qalesya mengangkat muka
memandang suara yang memanggilnya.
“Waalaikumussalam…”
Jawab Qalesya seraya berdiri menghadap lelaki badan sasa itu. Qalesya terlopong
memandang lelaki itu.
“Kid?”
Lelaki itu tahu nama panggilannya.
‘Dia!’
Qalesya menutup matanya seketika sambil menarik nafas panjang dan kemudian
membuka matanya semula. Qalesya merasakan dia masih bermimpi. Lelaki itu masih
di hadapannya dengan senyuman yang sangat dirinduinya.
“Elham?”
Suara Qalesya mula keluar namun perlahan. Lelaki itu mengangguk kecil.
Automatik tangan Qalesya memeluk lelaki yang amat dia cintai itu. Elham
termangu seketika namun kemudian dia membalas pelukan bekas pelajarnya itu.
Semua
staff anak syarikat Jaya Holdings tercengang melihat
kelakuan Qalesya. Lama mereka berdua berpelukan. Air mata Qalesya mengalir laju
membasahi baju yang dipakai oleh Elham. Qalesya bersuara perlahan.
“Mana
awak pergi selama ni? Kenapa awak tinggalkan saya? Saya rindukan awak… Tujuh
tahun saya menantikan awak… Mana awak pergi, Elham?” Qalesya meleraikan
pelukannya. Matanya menatap wajah yang amat dirinduinya itu. Elham membalas
pandangan Qalesya. Jari telunjuk kanannya menyapu lembut air mata yang
mencemari wajah ayu Qalesya.
“Saya
dekat dengan awak… Dekat di sini… Itu yang menyatukan kita semula…” Balas Elham
sambil menunjukkan jarinya ke dada Qalesya. Kemudian dia melutut sambil
memegang lembut jari-jemari Qalesya.
“Will you be my wife?” Tanya Elham sambil
menunjukkan cincin permata kepada Qalesya. Qalesya menggenggam erat tangan
Elham dan mengangguk laju menyatakan persetujuannya. Dia lupa akan lamaran
Isqandar. Dia lupa yang lelaki itu masih lagi menantikan jawapannya.
Tiba-tiba
semua yang ada di situ bertepuk tangan kerana kagum dengan sikap gentleman Elham. Masing-masing yang ada
mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Tanpa
Qalesya sedari, air mata Isqandar menitis perlahan kerana Qalesya menerima
lamaran dari lelaki yang dia tidak kenali itu. Saat itu Isqandar merasakan
dunianya gelap seketika.
“Sampai
hati awak Esya… Sampai hati awak…” Rintih Isqandar sambil meraup wajahnya yang
kusut.
No comments:
Post a Comment