Friday, 27 January 2012

AKU TULANG RUSUKMU


SEBELAS

2 MINGGU KEMUDIAN
HOSPITAL SEREMBAN

            “Kid…” Puan Zaleha memanggil Qalesya yang telah banyak berubah sejak kejadian dia diculik. Qalesya menjadi pendiam dan kadangkala dia meracau ketakutan di waktu malam.
            “Mama…” Qalesya memandang mamanya. Puan Zaleha memandang sayu anak gadis tunggalnya. Digelar Kid kerana terlalu obses dengan watak anime Jepun Kaitou Kid dalam cerita Detective Conan. Penuh biliknya dengan poster Kaitou Kid. Berperwatakan lelaki kerana terikutkan perangai abang-abangnya.
            Namun berubah menjadi seorang gadis yang cantik, berbudi bahasa setelah tamat pengajian disebuah universiti tempatan dalam bidang Business Management. Bekerja disebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur sebagai pegawai pemasaran.
            “Siapa lelaki tu sayang?” Tanay Puan Zaleha penuh hati-hati. Tiba-tiba air mata Qalesya mengalir perlahan. Qalesya menjadi amat sensitif apabila ditanya tentang lelaki itu.
            “Kid tak nak bagi tahu… Kid dah janji…” Katanya dengan suara timbul tenggelam. Isqandar masuk dan membawa sejambak bunga tulip kesukaan Qalesya.
            “Assalamualaikum makcik…” Ucap Isqandar sambil mencium belakang tapak tangan Puan Zaleha.
            “Waalaikumussalam…” Puan Zaleha menjawab sambil tersenyum.
            “Ini untuk awak…” Isqandar menghulurkan jambangan tulip itu kepada Qalesya. Qalesya menyambutnya dengan senyuman tawar.
            “Saya bawakan kawan-kawan serumah awak…” Kata Isqandar lagi.
            Heliza, Ariana dan Mya Zara melangkah masuk lalu memeluk Qalesya. Qalesya terharu.
            “Kami semua rindukan kau…” Kata Heliza. Ariana dan Mya Zara mengangguk setuju. Isqandar sekadar memerhatikan mereka semua dari sudut bilik kelas satu itu. Dia yang membiayai kos rawatan dan perubatan Qalesya kerana wanita itu pekerjanya.
            “Encik Ian… Terima kasih untuk segalanya…” Ucap Qalesya perlahan. Isqandar tersenyum.
            “Dah jadi tanggungjawab saya, sebagai atasan awak…” Balas Isqandar. Buat seketika mereka berbual-bual banyak perkara sementelah mereka sudah lama tidak bertemu. Doktor yang merawat Qalesya masuk dan meminta semua yang ada untuk tunggu di luar.
            “Minta semua yang ada sila keluar sebentar kerana saya ingin periksa pesakit saya…” Semua yang ada mula melangkah keluar meninggalkan doktor tersebut bersama Qalesya.
            Isqandar melangkah perlahan ke arah Puan Zaleha yang berdiri tidak jauh dari pintu bilik Qalesya. Mata tua wanita itu memandang penuh kasih anaknya yang sedang diperiksa oleh doktor.
            “Makcik…” Panggil Isqandar lembut. Puan Zaleha menoleh memandang anak muda di sebelahnya.
            “Ada apa nak?” Tanya Puan Zaleha.
            “Makcik dah sampaikan hasrat saya yang tempoh hari kepada Qalesya?” Tanya Isqandar agak perlahan. Dia bimbang kawan-kawan Qalesya mendengarinya.
            Wanita tua itu mengeluh perlahan. Matanya memandang wajah Isqandar.
            “Makcik rasa masanya agak tak sesuai sekarang ni… Makcik garap kamu boleh bersabar… Ya nak…” Perlahan sahaja wanita itu menuturkan kata-katanya. Isqandar angguk mengerti.
            Doktor tadi keluar dan menggamit Puan Zaleha.
            “Qalesya dah boleh keluar esok… Dan dia masih lagi perlukan rawatan rumah… Saya rasa suasana rumah mungkin akan membantu dia untuk ingat semula… Dan saya harap puan akan bawa dia jumpa dengan pakar psikiatri untuk membantu dia untuk selesaikan masalah dia…” Doktor muda itu berkata.
            “Tapi anak saya tak gila…” Puan Zaleha membantah.
            “Rawatan itu bukan untuk orang gila sahaja puan… Saya cuma nak bantu anak puan pulih semula… Ni kad doktor yang saya rasa boleh membantu anak puan…” Doktor itu menghulurkan sekeping kad kepada Puan Zaleha.
            “Saya pergi dulu…” Doktor itu berlalu pergi meninggalkan Puan Zaleha dan Isqandar.
            “Makcik… Saya rasa cadangan doktor tadi okey juga… Manalah tahu Qalesya boleh cepat 
sembuh?” Ucap Isqandar tanda bersetuju dengan cadangan tersebut. Akhirnya Puan Zaleha bersetuju.

No comments:

Post a Comment