SEMBILAN
“Lepaskan
aku!” Jerit Qalesya. Lelaki berbadan sasa itu masih diam. Tanpa Qalesya sedari,
air matanya mengalir perlahan. Lelaki itu memandangnya.
“Kau
jerit kuat mana pun tak ada guna… Tempat ni jauh dari laluan orang ramai…”
Tenang lelaki itu memberitahu.
“Kau
culik aku kenapa? Aku bukan anak orang kaya… Tolonglah… Lepaskan aku…” Qalesya
merayu dengan suara yang tersedu-sedu menahan tangis.
“Kau
cantik… Aku suka…” Katanya. Qalesya makin geram dengan sikap lelaki itu. Tiba-tiba
lelaki itu bangun berdiri di hadapan Qalesya. Lelaki itu cuba untuk mencium wajah Qalesya
namun Qalesya mengelak dengan menggerak-gerakkan wajahnya.
“Emm…
Wanginya…” Suara garau itu mencecah telinga Qalesya. Qalesya terkedu. Suara
itu, Qalesya seolah-olah mengenalinya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
“Ariel?”
Tanya Qalesya kaget. Lelaki itu tersenyum. Qalesya makin yakin bahawa lelaki
itu memang Ariel.
“Ternyata
kau kenal aku ya sayang…” Balas lelaki itu sambil mencium-cium leher Qalesya.
Qalesya rimas dengan tindakan lelaki itu. Dia langsung tidak berbuat apa-apa
kerana tangan dan kakinya diikat kemas.
“Janganlah
buat aku macam ni…” Qalesya menangis. Ariel mengelap air mata Qalesya dengan
telunjuk kanannya. Qalesya cuba
menahan tangis.
“Lepaskan…”
Qalesya masih cuba
merayu. Ariel menghembuskan nafasnya perlahan.
“Maafkan
aku…” Ucapnya perlahan ditelinga Qalesya. Dia belalu meninggalkan Qalesya yang
masih menangis itu.
..................................................................................................................................................................
“HELO?”
Kid menjawab panggilan yang diterimanya.
“Boleh
cakap dengan Qalesya?” Suara seorang lelaki bertanya. Kid menggaru kepalanya.
“Ya,
bercakap…” Kid membalas. Kedengaran seperti lelaki itu sedang menghembus nafas
panjang.
“Kid…
Ni Elham…” Suara itu berkata. Kid bingung.
“Elham
mana ya?” Tanya Kid. Suara di sebelah sana
membisu seketika.
“Cikgu
Elham…” Jawab suara itu kemudian.
“Cikgu…”
Kid terpaku. Tanpa disedari oleh Kid, air matanya mengalir. Dia rindu akan
lelaki itu. Kadang-kadang dia sendiri tidak faham dengan perasaannya sendiri.
“Awak
sihat?” Tanya Cikgu Elham. Kid menekup mulutnya kerana khuatir Cikgu Elham akan
tahu dia sedang menangis.
“Si…
Sihat…” Suara Kid agak serak. Lelaki itu tahu Kid sedang menangis.
“Saya
rindukan awak…” Kata-kata itu membuatkan tangisan Kid terhambur. Cikgu Elham
menarik nafas panjang.
“Awak…
Kita…” Kid tidak dapat meneruskan kata-katanya dek kerana rasa sayu yang
teramat sangat.
“Saya
faham… Saya cuma nak bagi tahu… Saya nak tinggalkan Malaysia … Saya akan tinggalkan awak…
Saya… Saya nak awak tahu yang saya cintakan awak sampai nyawa saya ditarik…”
Tiba-tiba talian terputus.
Kid
terduduk sebaik sahaja talian terputus. Ya… Sekarang dia sedar bahawa dia
mencintai lelaki itu, namun setelah lelaki itu pergi dari hidupnya.
“Maafkan
saya, awak… Saya tahu… Saya tahu… Yang saya sangat mencintai awak…” Kid
menangis sepuas hati malam itu.
No comments:
Post a Comment