TUJUH
Qalesya
cuba
untuk membuka matanaya namun keadaan sekelilingnya masih gelap-gelita. Dia
terasa seperti tangannya diikat pada sesuatu. Kakinya juga seperti diikat.
Qalesya meronta minta dilepaskan.
Kepalanya
masih berat. Dia tidak ingat apa-apa langsung. Tiba-tiba dia terdengar bunyi
pintu dibuka oleh seseorang. Bunyi hentakan kaki menuju ke arahnya.
“Dah
sedar pun kau ya…” Suara garau menerpa telinganya. Tiba-tiba pandangan mata
Qalesya terang-benderang. Di hadapannya, berdiri seorang lelaki berbadan sasa
dengan wajah yang ditutupi topeng muka hantu yang bagi Qalesya agak
menyeramkan.
“Kau
ni Siapa hah?!” Qalesya memberanikan diri bertanya kepada lelaki itu. Namun,
soalannya dijawab dengan ketawa sinis yang menyakitkan hati.
“Itu
kau tak perlu tahu…Yang penting sekarang ni… Kau dah ada dalam tangan aku…”
Jawabnya lalu meninggalkan Qalesya.
“Lepaskan
aku!!” Jerit Qalesya. Namun jeritannya itu sia-sia belaka.
..................................................................................................................................................................
DUA HARI SEBELUMNYA…
PORT DICKSON (HARI KETIGA)
QALESYA
bangun awal pagi itu. Dia merancang untuk berjalan sendirian sebelum mengikuti
aktiviti yang telah disusun oleh companynya
itu.
Selepas Subuh,
Qalesya bersiap. Dia agak berhati-hati membuat semua perkara agar
kawan-kawannya tidak terjaga. Setelah siap, dia menulis nota dan meletakkannya
di tepi telefon bilik hotel tersebut.
Qalesya menghirup
udara segar sambil berjalan menyelusuri pantai. Hilang segala beban yang
bersarang dibenaknya. Qalesya berhenti
di sebatang pokok tumbang lalu duduk diatasnya.
Orang tidak ramai
pagi itu. Qalesya menarik nafas lagi.
“Sorang je?” Tegur
seorang lelaki.
“Ya…” Jawab
Qalesya agak takut. Maklumlah kawasan keliling mereka agak lengang. Lelaki itu
tersenyum manis.
“Boleh saya
duduk?” Tanya lelaki itu lagi.
“Duduklah… Saya
pun dah nak gerak dah ni… Saya pergi…” Percakapannya dipotong laju.
“Saya Ariel…”
Qalesya tidak jadi untuk bangun.
“Qalesya…” Balas
Qalesya. Ariel tersenyum lagi.
“Cantik nama tu…
Secantik orangnya…” Ariel bersuara. Qalesya terkedu. Belum pernah dalam
hidupnya dia dipuji cantik oleh seorang lelaki kecuali ayahnya.
“Cantik kan pagi ni?” Ariel
bertanya sambil melemparkan pandangan ke lautan luas. Qalesya mengangguk kecil.
“Awak buat apa kat sini?” Ariel mengajukan pertanyaan
lagi. Qalesya makin tidak senang duduk.
“Vacation or what?” Ariel memandang
Qalesya yang masih membisu itu.
“Ikut trip company actually… Family days…” Akhirnya Qalesya menjawab.
“Ooh… I see…” Ucap Ariel.
“Awak?” Qalesya
pula bertanya. Wajah Ariel ditelitinya. Jambang dimuka Ariel agak lebat.
‘Hensem juga mamat
ni…’ Hati Qalesya berbisik nakal.
“Mencari
ketenangan disamping mencari inspirasi…” Tenang lelaki itu menjawab. Qalesya
agak tertarik dengan kata-kata itu.
“Inspirasi?” Suara
Qalesya tenggelam.
“Ya… Mencari
inspirasi untuk masterpiece saya yang
seterusnya…” Mendalam kata-kata yang dituturkannya.
“Masterpiece? Awak pelukis ke?” Tanya
Qalesya.
“Bukan… Pembuat
arca…” Jawab Ariel.
“Ooh…” Qalesya
memandang kakinya.
Bukk!! Pandangan
Qalesya gelap serta-merta dan dia terus tidak sedarkan diri.
No comments:
Post a Comment