Friday, 9 December 2011

AKU TULANG RUSUKMU


SATU
 Seorang gadis melangkah dengan agak tergesa-gesa sebaik sahaja deringan loceng menjerit nyaring. Perutnya berlagu riang. Pantas kakinya melangkah ke kantin.
“Kid!!” Seorang lelaki memanggilnya sambil berlari-lari anak ke arahnya. Kid tersengih.
“Tunggu situ!!” Teriak lelaki itu lagi. Makin lebar Kid tersengih. Dia geli hati melihat lelaki itu mengejarnya.
“Awak ni jalan macam apa entah…” Bebel lelaki itu sambil mencari nyawa.
“Saya lapar… Nak buat macam mana?” Balas Kid. Dia menyambung lagi.
“Cigu cari saya kenapa?” Cikgu Elham dipandang sekilas sebelum matanya mula melingas memandang sekeliling kantin yang rata-rata pelajar sekolah itu memandang sinis ke arahnya. Dengan gossip yang melanda menguatkan lagi bahawa guru muda itu sememangnya menaruh hati akan gadis tomboi dihadapannya.
Cikgu Elham tersenyum kecil.
“Jom ikut saya kejap!” kata Cikgu Elham. Kid mengerutkan dahinya yang licin itu.
“Ke mana?” Tanya Kid bingung. Sekali lagi Cikgu Elham tersenyum. Bertambah bingung Kid dengan senyuman itu.
“Saya laparlah cikgu…” Kid bersuara. Dia mula resah dengan tindak tanduk Cikgu Elham.
“Macam ni… Saya nak belanja awak makan… Tapi bukan dekat sini… Dekat sana…” Terang Cikgu Elham. Kid menggigit bibir bawahnya.
Okay...” Kid bersetuju akhirnya.
......................................................................................................................................................
            KENANGAN itu mengusik mindanya perlahan-lahan. Qalesya menghembus nafas perlahan. Dia memeluk erat teddy bear yang diberikan oleh Cikgu Elham.
            ‘Apa agaknya khabar dia sekarang?’ Hatinya mula berbisik.
            ‘Dah kahwin agaknya…’ Qalesya tersenyum sendiri. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju jendelabili rumah sewanya.
            Langit malam yang sejuk dan diterangi cahay bulan yang kelihatan penuh malam itu. Terngiang-ngiang ditelinganya ketika Cikgu Elham menyanyikan sebuah laguyang cukup indah buat dirinya.
            Fall for you. Itulah lagu yang sentiasa bermain di bibir Cikgu Elham ketika cuba memikatnya dahulu. Qalesya tersenyum lagi. Namun itu semua kenangan manisnya sewaktu di bangku sekolah dahulu.
            Dia ingat lagi ketika dia menolak lamaran guru muda itu atas alasan dia ketika itu masih muda dan dia harus menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran. Lagipun, Cikgu Elham ramai peminat. Lelaki itu boleh memilih yang lebih baik darinya.
            Tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan. Qalesya berjalan ke arah pintu lalu membukanya. Ari atau nama sebenarnya Ariana Sofea binti Abdul Rahim. Teman serumahnya tersenyum memandang Qalesya yang tercegat di depan pintu.
            “Makan!” Katanya sebelum melangkah turun. Qalesya menutup lampu biliknya lalu melangkah turun mengikut Ari menuju ke dapur.

4 comments:

  1. suke , suke, suke ...
    nti post ag ea .. follow blog aq lek k :)

    ReplyDelete
  2. cantik dan tentunya boleh lebih cantik lagi! harap banyak lagi cerpen yang akan awak hasilkan! :-)

    ReplyDelete
  3. nice lorh !wait ..eh?! Kid!!! Fairuz! aku nak cekik kau!!! siap kau!!!!
    follow aku yep :p

    ReplyDelete
  4. by the way sir.... its not short stories.... I try to write a novel.... wish me luck.....

    ReplyDelete