SATU
Seorang gadis melangkah dengan agak tergesa-gesa
sebaik sahaja deringan loceng menjerit nyaring. Perutnya berlagu riang. Pantas
kakinya melangkah ke kantin.
“Kid!!” Seorang
lelaki memanggilnya sambil berlari-lari anak ke arahnya. Kid tersengih.
“Tunggu situ!!”
Teriak lelaki itu lagi. Makin lebar Kid tersengih. Dia geli hati melihat lelaki
itu mengejarnya.
“Awak ni jalan
macam apa entah…” Bebel lelaki itu sambil mencari nyawa.
“Saya lapar… Nak
buat macam mana?” Balas Kid. Dia menyambung lagi.
“Cigu cari saya
kenapa?” Cikgu Elham dipandang sekilas sebelum matanya mula melingas memandang
sekeliling kantin yang rata-rata pelajar sekolah itu memandang sinis ke
arahnya. Dengan gossip yang melanda menguatkan lagi bahawa guru muda itu sememangnya
menaruh hati akan gadis tomboi dihadapannya.
Cikgu Elham
tersenyum kecil.
“Jom ikut saya
kejap!” kata Cikgu Elham. Kid mengerutkan dahinya yang licin itu.
“Ke mana?” Tanya
Kid bingung. Sekali lagi Cikgu Elham tersenyum. Bertambah bingung Kid dengan
senyuman itu.
“Saya laparlah
cikgu…” Kid bersuara. Dia mula resah dengan tindak tanduk Cikgu Elham.
“Macam ni… Saya
nak belanja awak makan… Tapi bukan dekat sini… Dekat sana …” Terang Cikgu Elham. Kid menggigit
bibir bawahnya.
“Okay...” Kid bersetuju akhirnya.
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
KENANGAN
itu mengusik mindanya perlahan-lahan. Qalesya menghembus nafas perlahan. Dia
memeluk erat teddy bear yang
diberikan oleh Cikgu Elham.
‘Apa
agaknya khabar dia sekarang?’ Hatinya mula berbisik.
‘Dah
kahwin agaknya…’ Qalesya tersenyum sendiri. Perlahan-lahan dia bangun dan
menuju jendelabili rumah sewanya.
Langit
malam yang sejuk dan diterangi cahay bulan yang kelihatan penuh malam itu.
Terngiang-ngiang ditelinganya ketika Cikgu Elham menyanyikan sebuah laguyang
cukup indah buat dirinya.
Fall for you. Itulah lagu yang sentiasa bermain di bibir Cikgu Elham ketikacuba
memikatnya dahulu. Qalesya tersenyum lagi. Namun itu semua kenangan manisnya
sewaktu di bangku sekolah dahulu.
Fall for you. Itulah lagu yang sentiasa bermain di bibir Cikgu Elham ketika
Dia
ingat lagi ketika dia menolak lamaran guru muda itu atas alasan dia ketika itu
masih muda dan dia harus menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran. Lagipun,
Cikgu Elham ramai peminat. Lelaki itu boleh memilih yang lebih baik darinya.
Tiba-tiba
pintu biliknya diketuk perlahan. Qalesya berjalan ke arah pintu lalu membukanya.
Ari atau nama sebenarnya Ariana Sofea binti Abdul Rahim. Teman serumahnya
tersenyum memandang Qalesya yang tercegat di depan pintu.
“Makan!”
Katanya sebelum melangkah turun. Qalesya menutup lampu biliknya lalu melangkah
turun mengikut Ari menuju ke dapur.
suke , suke, suke ...
ReplyDeletenti post ag ea .. follow blog aq lek k :)
cantik dan tentunya boleh lebih cantik lagi! harap banyak lagi cerpen yang akan awak hasilkan! :-)
ReplyDeletenice lorh !wait ..eh?! Kid!!! Fairuz! aku nak cekik kau!!! siap kau!!!!
ReplyDeletefollow aku yep :p
by the way sir.... its not short stories.... I try to write a novel.... wish me luck.....
ReplyDelete